PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia sebagai sebuah badan berperanan membantu golongan mahasiswa yang memerlukan.
Sebagai permulaan, beliau berkata kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta kepada yayasan tersebut, yang akan disalurkan menerusi Kementerian Kewangan sebagai tanda sokongan kerajaan bagi memastikan kelangsungan operasi serta matlamat penubuhannya tercapai.
"Badan ini akan berkolaborasi dengan kesemua saluran bantuan dan yayasan sedia ada di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mahasiswa yang memerlukan bantuan.
"Sehubungan itu, saya mengingatkan kepada agensi dan pihak yang terlibat agar permudahkan dan percepatkanlah sebarang permohonan lengkap yang diterima daripada mahasiswa supaya bantuan dapat disalurkan segera kepada mereka," katanya.
Berucap pada majlis pelancaran yayasan tersebut secara maya di Facebook rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ismail Sabri menegaskan penubuhan yayasan itu menjadi bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mahasiswa seperti terkandung dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Susulan penubuhan yayasan berkenaan, Ismail Sabri berharap pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kebajikan mahasiswa menjadi lebih bersepadu dengan penglibatan semua pihak sekali gus menterjemahkan konsep Keluarga Malaysia
Memperincikan mengenai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia, Ismail Sabri berkata yayasan berstatus badan rasmi peringkat nasional itu ditubuhkan di bawah Akta 258 dan dikawal selia Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.
Beliau turut menyeru Majlis Perwakilan Pelajar dan mahasiswa supaya menjalankan tanggungjawab dalam memastikan tiada rakan mahasiswa mereka yang memerlukan tercicir daripada menerima bantuan.
"Sebagaimana dalam sebuah keluarga, setiap ahli yang susah, perlu dibantu bersama-sama dan nilai-nilai murni ini juga perlu diamalkan setiap mahasiswa. Amat mustahak bagi setiap mahasiswa melihat rakan-rakan sebagai sebuah keluarga besar yang saling memerlukan," katanya.
Beliau berkata sebelum yayasan itu ditubuhkan, kerajaan memperkenalkan beberapa bantuan kepada mahasiswa sepanjang negara dilanda pandemik COVID-19 antaranya Bantuan Pelan Data B40 melibatkan peruntukan RM24 juta dengan memberi manfaat kepada lebih 300,000 mahasiswa dan Bantuan Peranti B40 yang diberikan secara bersasar kepada hampir 9,000 mahasiswa menerusi peruntukan RM13 juta.
"Turut diberikan moratorium Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memanfaatkan 1.5 juta peminjam.
"Terkini, kerajaan menyalurkan Sumbangan e-Tunai kepada mahasiswa berumur antara 18 hingga 20 tahun menerusi Program e-Belia," katanya dan menambah bahawa bantuan tersebut sebagai tanda kecaknaan kerajaan bagi meringankan beban aktiviti pengajaran dan pembelajaran warga kampus.
Menyifatkan mahasiswa sebagai entiti terpenting di sisi kerajaan dalam menentukan kepimpinan masa depan Keluarga Malaysia, beliau menyeru 1.2 juta golongan mahasiswa di negara ini agar menggenggam erat prinsip kebersamaan tanpa mengira agama dan bangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
ISMAIL SABRI: Badan ini akan berkolaborasi dengan kesemua saluran bantuan dan yayasan sedia ada di IPT bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mahasiswa yang memerlukan. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.