Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, pada Khamis menghadiri pembukaan rasmi penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) ke-14, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di Iskandar Puteri.
Ia sekali gus mencatat sejarah bagi DUN Johor apabila buat kali pertama ADUN yang menjawat jawatan Perdana Menteri hadir ke persidangan berkenaan.
Pembukaan penggal ketiga DUN Johor terbabit dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Muhyiddin yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lepas susulan krisis kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum itu dan Bersatu keluar daripada PH.
Terdahulu, Muhyiddin tiba kira-kira 8.30 pagi di Bangunan Sultan Ismail dan disambut Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohamad.
Pada Pilihan Raya ke-14 (PRU-14) lalu, selain kerusi Parlimen Pagoh, Muhyiddin yang bertanding di DUN Gambir mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk M Asojan dan calon PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh sebelum ini hadir di persidangan DUN Johor mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan jawatan Menteri Dalam Negeri.
Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun pada 1986 hingga 1995.
- BERNAMA
Bernama
Thu May 14 2020

Muhyiddin yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lepas. Gambar fail/ Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PM hadir pembukaan penggal persidangan ketiga DUN Johor
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri pembukaan rasmi bagi penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) ke-14, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini.