KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan membuat tinjauan persiapan penganut Hindu menyambut Deepavali di Brickfields di sini malam ini.
Perdana Menteri yang tiba pada pukul 9.20 malam dan disambut Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan, meluangkan masa kira-kira sejam melawat Pesta Deepavali Brickfields dan kedai menjual pakaian Bollywood di Little India.
Beliau yang terlebih dahulu tiba di Pesta Deepavali Brickfields turut menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 10 anak yatim.
Pesta Deepavali Brickfields yang popular dalam kalangan penduduk setempat itu menempatkan lebih 150 gerai jualan dan berlangsung selama 10 hari bermula 14 Okt lepas.
Ismail Sabri bersama Saravanan kemudiaannya bergerak menuju ke Little India di sini untuk berkunjung ke kedai menjual pakaian Bollywood.
Kehadiran Ismail Sabri ternyata menarik perhatian orang ramai dan ada yang mengambil kesempatan bersalaman serta bergambar dengan pemimpin nombor satu negara itu.
Sementara itu, Saravanan berkata kesudian perdana menteri meluangkan masa sibuknya untuk berkunjung ke Brickfields menunjukkan keprihatinan beliau kepada kebajikan masyarakat India.
"Saya ucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana walaupun baru balik dari Bera, Pahang, dan esok pagi perlu ke Sabah, beliau masih sempat melawat tapak perniagaan Little India.
"Beliau turut membeli tiga persalinan tradisional kaum India bewarna biru, coklat dan putih untuk dipakai ketika menghadiri rumah terbuka Deepavali nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memilih Busana Tradisional masyarakat india ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama Komuniti India menjelang Deepavali di Brickfields malam ini. - Foto BERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

PRU15: Belanjawan 2023 bukti kebajikan kaum India dijaga - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan di bawah pimpinannya sentiasa menjaga kebajikan, kepentingan dan keperluan semua ahli Keluarga Malaysia termasuk kaum India.

Cadangan projek jambatan Labuan tidak pernah ditarik balik - PM
Cadangan projek pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok telah beberapa kali dibincangkan di peringkat Kabinet.

PM Ismail Sabri ucap selamat menyambut Deepavali
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua Keluarga Malaysia beragama Hindu yang meraikannya esok.

PM buat tinjauan persiapan Deepavali
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan membuat tinjauan persiapan penganut Hindu menyambut Deepavali di Brickfields malam ini.

Pahang kutip hasil RM1 bilion, tarik pelaburan RM20.56 bilion, bukti kejayaan BN - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ia merupakan bukti kerajaan BN di Pahang dalam memastikan pembangunan ekonomi berterusan pada masa depan.