BERA: Kejayaan mengutip hasil mencecah RM1 bilion dan menarik pelaburan berjumlah RM20.56 bilion merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) di Pahang dalam memastikan pembangunan ekonomi berterusan pada masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kejayaan itu juga membuktikan kemampuan Kerajaan Negeri Pahang dalam memelihara kemakmuran dan kesejahteraan rakyatnya termasuklah kebajikan warga Keluarga Malaysia Bera.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pentadbiran Kerajaan Negeri kerana buat pertama kali berjaya mengutip hasil mencecah RM1 bilion dan menarik pelaburan berjumlah RM20.56 bilion seperti diumumkan oleh Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Pahang Tahun 2023," katanya sewaktu berucap merasmikan majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bera di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Mutalib.
Justeru Perdana Menteri mahu rakyat Pahang terus memastikan kerajaan BN kekal diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerana adalah penting mengekalkan mandat kerajaan negeri yang sama dengan kerajaan pusat bagi memastikan semua pembangunan dapat dirancang dan diteruskan.
"Saya kata begini kerana pada PRU15 nanti, Pahang juga akan memilih kerajaan negeri, jika begini hebatnya kerajaan Pahang, saya percaya kerajaan negeri sekarang akan terus memerintah Pahang," katanya.
Perdana Menteri turut mengumumkan satu lagi inisiatif Keluarga Malaysia iaitu Projek PPR Bera bagi memenuhi keperluan tempat kediaman, untuk mereka yang berkelayakan dan berpendapatan rendah yang belum memiliki rumah.
"Projek PPR Bera merupakan satu manifestasi kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang terjalin sejak sekian lama," kata penyandang kerusi Parlimen Bera itu.
Ismail Sabri berkata projek PPR Bera yang melibatkan 1,000 rumah teres tiga bilik hanya berharga RM45,000 berbanding kos sebenar RM160,000.
Katanya ini bermakna kerajaan menanggung subsidi rumah berkenaan sebanyak hampir RM120,000.
Dalam projek PPR yang tiap satu unit berkeluasan 750 kaki persegi itu, 100 unit dikhaskan kepada veteran tentera dan polis serta 10 unit kepada pembeli Orang Kurang Upaya (OKU).
Ismail Sabri berkata bagi memastikan rumah berkenaan benar-benar menepati sasaran golongan sepatutnya, iaitu golongan isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah, beliau mahu kerajaan negeri mengguna pakai polisi PPR kerajaan pusat, iaitu rumah tidak boleh disewa atau dijual semula dalam tempoh 10 tahun.
Sementara itu Reezal Merican dalam ucapannya di majlis itu berkata Pahang merupakan negeri yang memiliki bilangan projek PPR tertinggi di Semenanjung iaitu 31 buah projek, yang menyumbang kepada lebih 4,000 unit rumah.
Katanya ia termasuk tiga projek PPR di Pahang yang dalam pembinaan iaitu PPR Tahan, Jerantut (100 unit), Rumah Malaysia (Disewa), di Lanchang (350 unit) dan PPR Beserah Chendor sebanyak 100 unit.
"Dalam Bajet 2023 yang dibentangkan pada awal Oktober lalu, Kerajaan meneruskan agenda membela rakyat dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM367 juta untuk membina lebih banyak PPR kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Perasmian Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kem Rejimen ke-34 Artileri Diraja hari ini. - Foto BERNAMA
Aceh berterima kasih kepada dunia
Aceh berterima kasih dan menghulurkan tangan penghargaan kepada warga global dan penderma yang bermurah hati membantu dalam proses pembangunan semula wilayah itu pasca gempa dan tsunami 2004.
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Penyerahan STR, bukan tanah kebun durian untuk pesara tentera
Sebuah video yang dikaitkan dengan pemberian tanah kebun durian di Pahang kepada pesara tentera adalah tidak benar.
Projek ECRL capai lebih 76 peratus setakat November - MRL
Ia berada pada landasan yang baik dalam memastikan projek berkenaan dapat disiapkan pada Dis 2026 bagi jajaran KB-Terminal Bersepadu Gombak.
Lapan kompleks sukan di Pahang dinaik taraf
Langkah itu diambil oleh Kerajaan MADANI yang sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif strategik berkaitan belia dan sukan negara.
Hujan berterusan tiga hari dijangka melanda empat negeri bermula Isnin - MetMalaysia
Keadaan cuaca itu diramalkan melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu, manakala Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Perak (Hulu Perak).
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.
Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di tiga negeri hingga 23 Nov
MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.
Kegiatan punggah keluar hasil galian, Pahang beri kerjasama kepada SPRM
Kerajaan Pahang akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit.