Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan ini, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Beliau berkata memandangkan harga minyak mentah terus turun, mencecah US$29 setong hari ini dan menjejaskan mata wang tempatan, kerajaan akan mengumumkan anggaran baru purata harga minyak yang akan menjadi dasar bajet negara.
Kerajaan juga akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar bagi tahun ini yang tidak akan berkompromi dengan mekanisme penyampaian kerajaan dan memastikan projek pro-pertumbuhan diteruskan.
"Kita akan memastikan sistem penyampaian diteruskan dan kekal kukuh serta tidak akan mengurangkan gaji dan emolumen penjawat awam.
"Kerajaan akan melaksanakan langkah pengurangan kos di mana yang sesuai yang tidak akan menjejaskan pertumbuhan dan meneliti bidang-bidang yang boleh dijimatkan.
"Sebagai contoh, kenderaan kerajaan tidak akan diganti, manakala kos lawatan ke luar negara dikurangkan," kata beliau kepada pemberita pada sesi pengenalan pejabat Kumpulan Bank Dunia di Malaysia di sini hari ini.
Melalui 24 kementerian dalam kerajaan, banyak penjimatan boleh dilakukan, katanya, sambil menambah peningkatan kos sara hidup dan projek-projek berteraskan rakyat akan terus diberi penekanan dalam bajet yang disemak semula ini.
Dalam ucapannya, beliau berkata pejabat Bank Dunia akan dapat menjalankan banyak kajian untuk membantu negara serta rantau Asia tentang cara-cara untuk mengembangkan ekonomi.
"Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti kelebihan daya saing Malaysia dengan kelembapan China dan ekonomi global. Ini juga untuk menangani persepsi salah tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik," katanya.
Sementara itu, wakil Bank Dunia dan pengurus negara bagi Malaysia Faris Hadad-Zervos berkata pejabat Malaysia merupakan satu-satunya pejabat seumpamanya berbanding 120 pejabatnya di seluruh dunia memandangkan ia akan menjalankan penyelidikan global terutamanya memberi tumpuan kepada Malaysia.
"Di pejabat ini, kami akan memanfaatkan pengalaman Malaysia dalam Bank Dunia memandangkan negara ini mempunyai banyak kejayaan dalam beberapa bidang, seperti sektor kewangan dan mengubah ekonomi berasaskan komoditi kepada pertumbuhan yang lebih pelbagai dan banyak lagi.
"Kami juga boleh berkongsi pengalaman hebat Malaysia dengan negara-negara lain di seluruh dunia semasa menerima cabaran untuk menuju ke hadapan, membawa penyelesaian dunia ke Malaysia dan pengetahuan baru perdagangan dan ini yang menjadikan pejabat Kuala Lumpur unik," katanya.
Bernama
Wed Jan 13 2016
IRWAN SERIGAR: Kerajaan akan melaksanakan langkah pengurangan kos di mana yang sesuai yang tidak akan menjejaskan pertumbuhan dan meneliti bidang-bidang yang boleh dijimatkan. -Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah penanda aras.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman data IHP AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7455/7500 berbanding dolar AS daripada 4.7505/7545 ketika ditutup semalam.
Harga gula cecah paras tertinggi sejak 13 tahun akibat El Nino
Keadaan itu berikutan fenomena El Nino yang melanda negara pengeluar bahan itu di India dan Thailand.
Bursa Malaysia terus meningkat untuk hari keempat berturut-turut
Bursa Malaysia meneruskan kenaikannya untuk hari dagangan keempat berturut-turut pada Selasa.
Petronas jangka harga minyak mentah alami pelarasan bermula 2023
Harga minyak mentah dijangka mengalami pelarasan bermula 2023 tetapi akan kembali normal ke paras seperti sebelum pandemik.
Harga RON97 turun 5 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 turun lima sen seliter daripada RM4.40 kepada RM4.35 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 18 Ogos hingga 24 Ogos.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan kesuraman data AS
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.44 mata kepada 1,445.30 daripada 1,454.74 pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah apabila China melonggarkan sekatan berkaitan pandemik COVID-19.
Ringgit dibuka kukuh selepas pemeteraian MoU dwipartisan bersejarah
Prestasi itu turut didorong harga minyak mentah yang tinggi selepas OPEC mengunjurkan permintaan terhadap komoditi itu akan kukuh.
Ringgit susut berbanding dolar AS, dibuka pada 4.16
Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.1635/1660 berbanding dolar AS daripada 4.1575/1600 penutupan Khamis.