KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula daripada penurunan pada Isnin untuk dibuka kukuh hari ini selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Transformasi dan Kestabilan Politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ketua-ketua parti komponen Pakatan Harapan semalam.
Prestasi ringgit yang positif itu turut didorong oleh harga minyak mentah yang tinggi selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengunjurkan permintaan terhadap komoditi itu akan kukuh berikutan peningkatan penggunaan bahan api tersebut dan gangguan pengeluaran di Amerika Syarikat (AS).
Pada 9 pagi, unit tempatan kukuh pada 4.1450/1500 berbanding dolar AS daripada 4.1490/1515 semasa ditutup pada Isnin.
Bagaimanapun, prestasi unit tempatan dihadkan oleh jangkaan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Ogos di AS yang tinggi, yang dijadualkan akan dikeluarkan hari ini.
Ramai penganalisis telah menyatakan kebimbangan bahawa kenaikan data IHP akan menyebabkan pengurangan pembelian aset yang lebih cepat oleh Rizab Persekutuan AS (Fed AS).
Merujuk kenyataan Goldman Sachs yang dikeluarkan pada Isnin, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata bank pelaburan itu menyaksikan peluang sebanyak 70 peratus bahawa Fed AS akan mengumumkan proses pengurangan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada November.
"Pelabur telah menjangka kemungkinan proses pengurangan dan ini menyebabkan dolar meningkat berbanding ringgit.
"Dari aspek teknikal, dolar AS-ringgit boleh meningkat setinggi 4.2200 dalam tempoh beberapa hari," katanya kepada Bernama.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0875/0915 daripada 3.0903/0926 semasa ditutup pada Isnin dan meningkat berbanding yen kepada 3.7668/7714 daripada 3.7681/7703 semalam.
Berbanding pound, mata wang tempatan susut kepada 5.7363/7432 daripada 5.7356/7390 sebelum ini manakala berbanding euro, ia merosot kepada 4.8944/9003 daripada 4.8921/8950 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021
Ringgit meningkat semula daripada penurunan pada Isnin untuk dibuka kukuh hari ini.
Sudah berusia 40 tahun, Nicholas Saputra tak pernah sunyi hidup solo
Nico mengaku tidak pernah berasa sepi hidup bersendirian malah dirinya tenang di rumah tanpa ditemani individu lain.
Fokus Minggu Depan: ASEAN25 | Persediaan Malaysia sebagai pengerusi
Ikuti kupasan Timbalan Naib Canselor (Akademik) UUM & Penganalisis Politik & Kajian Antarabangsa, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, mengenai persediaan Malaysia untuk mengambilalih sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2025, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN yang akan membuka tirai bermula 8 Oktober.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Perak menunjukkan penurunan manakala di Kedah meningkat petang ini.
Sentiasa semak ketulenan akaun, kandungan media sosial - Fahmi
Rakyat diminta untuk sentiasa berwaspada dengan hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera susulan serangan udara Israel ke atas sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza.
Kerjasama bersama Yaya Empire Perfume demi usahawan
Fantastic Food Festival by Kak Nab di tapak parkir Aman Jaya Mall, Sungai Petani,Kedah menjadi medan terbaik untuk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengembangkan potensi perniagaan ke tahap tinggi.
Penduduk Gaza cari jalan uruskan saki-baki runtuhan termasuk dijadikan nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Setahun Genosid Gaza: Derita musim sejuk tanpa rumah untuk berlindung
Setahun genosid Gaza, penduduk terpaksa mengharungi musim sejuk dengan hanya berlindung di khemah tanpa rumah yang hangat.
Penduduk Gaza kutip serpihan runtuhan jadi batu nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Menjelang setahun pencerobohan tentera Israel di Gaza, situasi masih belum menampakkan bayang serangan rejim Israel akan dihentikan dalam masa terdekat.
Ringgit dibuka kukuh selepas pemeteraian MoU dwipartisan bersejarah
Prestasi itu turut didorong harga minyak mentah yang tinggi selepas OPEC mengunjurkan permintaan terhadap komoditi itu akan kukuh.