KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini untuk hari keempat berturut-turut selepas Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) Malaysia menyusut selain daripada penurunan harga minyak mentah yang telah menjejaskan mata wang, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.1635/1660 berbanding dolar AS daripada 4.1575/1600 penutupan Khamis.
Indeks keseluruhan IHS Markit merosot dengan ketara ke paras rendah menghampiri 39.9 pada Jun 2021 daripada 51.3 pada bulan sebelumnya, sekali gus mencerminkan pelaksanaan langkah-langkah yang semakin ketat untuk membendung penularan COVID-19.
Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata PMI AS untuk Jun yang turut mempamerkan angka yang rendah daripada jangkaan bagaimanapun, memberikan isyarat bercampur-campur kepada keadaan ekonomi.
"Memandangkan PMI AS kekal melepasi 50, ia masih bagus, tetapi sejak akhir-akhir ini, ia telah mula menunjukkan pembacaan yang menurun, sesuatu yang perlu dibimbangkan sekiranya pembacaan seterusnya terus menyusut.
"Para pelabur juga akan memberi perhatian kepada data gaji bukan ladang dan kadar pengangguran, yang dijangka diumumkan lewat hari ini," katanya.
Sementara itu, minyak penanda aras Brent susut 0.15 peratus kepada US$75.73 setong.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Unit tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.7290/7324 daripada 5.7257/7292 pada Khamis, lemah berbanding euro kepada 4.9304/9334 daripada 4.9271/9300, dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.7297/7320 daripada 3.7280/7303 sebelumnya.
Unit tempatan, bagaimanapun, meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0836/0857 daripada 3.0869/0890 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 02 2021
Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain. - Gambar fail
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
Sudah berusia 40 tahun, Nicholas Saputra tak pernah sunyi hidup solo
Nico mengaku tidak pernah berasa sepi hidup bersendirian malah dirinya tenang di rumah tanpa ditemani individu lain.
Fokus Minggu Depan: ASEAN25 | Persediaan Malaysia sebagai pengerusi
Ikuti kupasan Timbalan Naib Canselor (Akademik) UUM & Penganalisis Politik & Kajian Antarabangsa, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, mengenai persediaan Malaysia untuk mengambilalih sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2025, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN yang akan membuka tirai bermula 8 Oktober.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Perak menunjukkan penurunan manakala di Kedah meningkat petang ini.
Sentiasa semak ketulenan akaun, kandungan media sosial - Fahmi
Rakyat diminta untuk sentiasa berwaspada dengan hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera susulan serangan udara Israel ke atas sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza.
Kerjasama bersama Yaya Empire Perfume demi usahawan
Fantastic Food Festival by Kak Nab di tapak parkir Aman Jaya Mall, Sungai Petani,Kedah menjadi medan terbaik untuk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengembangkan potensi perniagaan ke tahap tinggi.
Penduduk Gaza cari jalan uruskan saki-baki runtuhan termasuk dijadikan nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Setahun Genosid Gaza: Derita musim sejuk tanpa rumah untuk berlindung
Setahun genosid Gaza, penduduk terpaksa mengharungi musim sejuk dengan hanya berlindung di khemah tanpa rumah yang hangat.
Penduduk Gaza kutip serpihan runtuhan jadi batu nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
E-Invois: LHDN pastikan semua data selamat, terpelihara
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan sentiasa memastikan semua data yang dimasukkan dalam sistem e-Invois adalah selamat dan terpelihara.
Lelaki warga emas dipenjara 10 bulan, miliki wang Amerika Syarikat palsu
Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki 12 keping wang kertas Amerika Syarikat palsu berjumlah US$1,200 tiga bulan lepas.
Jabatan Standard Malaysia bangun garis panduan e-dagang tingkat persekitaran pelaburan kondusif
JSM berjaya membangunkan piawaian Malaysian Standard (MS) 2781: 2023 - Logistics dataset - Guidelines for E-commerce Transactions and Last Mile Delivery.
Minyak masak polibeg bersubsidi mencukupi di Pulau Pinang
KPDN Pulau Pinang jalankan pemeriksaan berkala secara harian dan mingguan di peringkat pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit.
Pasaran getah ditutup lebih rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini di tengah-tengah petunjuk yang bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah ditutup rendah susulan pengukuhan ringgit
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu di tengah-tengah pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
Pensijilan halal: Perlu ada kajian lebih mendalam, menyeluruh - PRESMA
Kerajaan harus menyuntik kesedaran dan galakan kepada pemegang taruh terlebih dahulu sebelum mewajibkan pelaksanaan tersebut.
Pasaran getah ditutup tinggi seiring aliran menaik pasaran niaga hadapan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa mendapat rangsangan daripada aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin berikutan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China mempengaruhi sentimen.