SERI ISKANDAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan kerajaan yang menganjurkan program rasmi supaya tidak meminta tetamu hadir terlalu awal kerana ia boleh menjejaskan produktiviti negara.
Anwar berkata sekiranya tetamu diminta hadir dan menunggu begitu lama sebelum ketibaan orang kenamaan, ia akan hanya membazir waktu.
"Saya tengok dalam jadual (program hari ini), ketibaan Perdana Menteri jam 1 tengah hari, ketibaan jemputan jam 12 tengah hari, kenapa awal sangat, satu jam itu nak buat apa?
"Jadi saya minta semua jabatan kerajaan kalau urusan program ini, tukarlah sikit. Saya sampai 1.03 tengah hari, tetapi saya tengok program, ketibaan jemputan jam 12, naya ini.
"Jadi insya-Allah ini jadikan arahan, 10 minit, 15 minit sebelum itu tidak mengapa, nak atur tempat duduk dan sebagainya tetapi tidak perlu sampai tetamu diminta hadir begitu lama kerana itu membazir waktu dan mengurangkan produktiviti negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Ramah Mesra MADANI bersama YAB Perdana Menteri di sini hari ini.
Sementara itu, Perdana Menteri menegaskan tentang kepentingan membayar zakat dengan memetik kata-kata ulama tersohor, Allahyarham Syeikh Yusuf Al-Qaradawi bahawa jarang negara berperang untuk membela orang miskin dalam sejarah umat manusia, melainkan untuk mencari kuasa dan harta.
"Kata Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, buat pertama kali dalam sejarah kita ada Abu Bakar As-Siddiq atas nama Islam, keadilan, belas kasihan kepada fakir miskin, melancarkan perang terhadap mereka yang enggan membayar zakat kerana keengganan membayar zakat bermakna kesusahan orang miskin tidak dapat ditebus.
"Maknanya pertama kali dalam sejarah umat manusia, Abu Bakar As-Siddiq isytihar perang kepada orang yang tidak membayar zakat sebab institusi zakat ini sangat penting untuk mengukuhkan ekonomi MADANI, ekonomi Islam yang prihatin terhadap golongan miskin dan menderita," katanya.
Pada program hari ini, Anwar turut menyampaikan Surat Kelulusan Projek Masjid Ar-Rahmaniah, Tronoh, serta bantuan makanan "Kotak Rezeki Ummat" daripada Myfundaction, selain bantuan peserta eKasih.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Madani Bersama Perdana Menteri di Universiti Teknologi Petronas, hari ini. -- fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.