PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jabatan Imigresen (JIM) bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dengan niat ikhlas untuk membawa perubahan serta menghentikan amalan tidak wajar dan sesuai dengan konsep negara Madani.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata warga Imigresen yang menjalankan tanggungjawab dengan baik perlu bersama-sama mendukung dan membetulkan kesilapan dilakukan sebahagian kecil kakitangan sehingga menyebabkan tercalarnya imej baik yang sedang diusahakan oleh jabatan berkenaan.
"Saya ucap terima kasih kepada seluruh keluarga Imigresen, kerana saya tahu Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh memang sedang berusaha bersama dengan keluarga Imigresen mengambil langkah yang perlu memperbaiki kelemahan yang ada.
"Kelemahan ini (ada) di semua (jabatan). Di Jemaah Menteri saya selalu tegur menteri-menteri bahawa harapan menggunung, kerana kerajaan ini kerajaan pembaharuan, kerajaan reform, kerajaan Madani yang harus ada anjakan dan tak boleh kekal macam dulu," katanya semasa berucap pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Sambutan Hari raya Aidilfitri Madani Jabatan Imigresen di sini hari ini.
Turut hadir isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah serta Ruslin.
Beliau berkata warga Imigresen perlu mengambil teguran yang diberikan dengan hati terbuka dan sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Anwar berkata beliau sedar ada sekolompok kecil dalam pasukan Imigresen yang melakukan kesilapan, namun menegaskan ia tidak mewakili keseluruhan jabatan itu.
Mengambil contoh peningkatan jumlah pelancong ke dalam negara dalam tempoh beberapa bulan, beliau berkata jika kerajaan tidak cekap mengendalikan situasi itu, ia adalah masalah bagi negara.
"Jadi sebab itu saya kadang-kadang menegur dan menggesa, lagi tinggi jawatan dia.. ketua pengarah, lagi teruk dia kena. Saya pun kena juga sebab bila orang tengok perdana menteri bercakap soal reform, kecekapan, tapi bila datang ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), kena tunggu dua jam, jadi saya anggap ini sebagai cabaran," katanya.
Anwar berkata beliau bersama barisan jemaah menteri yang lain juga sentiasa berusaha membersihkan dan menyelamatkan negara walaupun sering dikritrik oleh pihak-pihak tertentu.
"Jadi saya nak saudara-saudara faham ini, jangan tengok saya asyik marah - tidak. Bukan maksud kita, tapi kita nak perbaiki. Saya anggap kami (Jemaah Menteri) sebagai satu pasukan walau parti lain-lain, ada UMNO, DAP, PKR, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah, tapi saya tak fikir mereka mewakili parti-parti di luar... tetapi dalam kerajaan.. kita satu pasukan," katanya.
Sementara itu semasa berucap pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani Jabatan Imigresen di sini hari ini, Perdana Menteri menegaskan keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam bukan bertujuan untuk mengambil hati mereka, tetapi ia adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan kerajaan.
Beliau berkata sebagai 'bapa' dalam satu 'keluarga besar', sudah menjadi tanggungjawabnya mengiktiraf sumbangan yang diberi 'anak buahnya' (penjawat awam) dalam bentuk yang sesuai.
"Saya 'bapa' dalam kerajaan, saudara-saudara ini anak buah saya yang kerja dan saya pula bapa yang tegas, .. (saya) minta supaya kerja, sumbangan dan prestasi lebih.
"Jadi kalau minta semua lebih, tak kan lah tak boleh bagi pertimbangan untuk iktiraf sumbangan mereka dan beri layanan supaya keluarga dia tidak tertekan (dengan kos sara hidup), itu sahaja yang saya lakukan," katanya.
Anwar turut menempelak sesetengah pihak yang berkata kenaikan yang diumum beliau pada 1 Mei lepas, iaitu lebih 13 peratus adalah tinggi, sebaliknya beliau berkata ia adalah setimpal dengan tanggungjawab dan tekanan yang dihadapi penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan dan prestasi yang terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan ketika hadir pada Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Aidilfitri Madani Jabatan Imigresen Malaysia hari ini. - Foto Bernama

Operasi mencari lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas ketika memukat diteruskan
Lelaki itu dikhuatiri lemas ketika memukat di sungai berkenaan bersama anaknya yang berusia 8 tahun, malam tadi.

Sarjan didakwa minta rasuah gelang emas
Tertuduh didakwa meminta suapan itu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas suspek wanita berusia 39 tahun berkaitan kes pukul.

Palestin mohon sesi tergempar Majlis Liga Arab
Palestin kemuka permohonan sesi tergempar Majlis Liga Arab susulan tindakan Israel secara unilateral menamatkan perjanjian gencatan senjata.

Hampir 200 Tabika Perpaduan perlu dibaik pulih tahun ini - JPPIN
Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 untuk kerja baik pulih Tabika dan Taska Perpaduan yang berdepan dengan masalah kerosakan dan sebagainya.

Tragedi menjelang Syawal, abang parah, adik cedera main mercun bola di Kedah
Mangsa yang juga abang kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah.
Tenaga kerja mahir semakin terhad, apa solusi?
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam membangunkan tenaga kerja mahir, dengan ketidakpadanan antara penawaran graduan dan permintaan pekerjaan berkemahiran tinggi. Walaupun ramai graduan dihasilkan, ramai yang terpaksa bekerja dalam bidang berkemahiran rendah atau separa mahir.

Presiden Nigeria isytihar darurat di River State
Presiden Bola Tinubu mengisytiharkan darurat di Rivers State, wilayah kaya minyak, berikutan krisis politik berpanjangan dan kegagalan pentadbiran.

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM
Pelantikan Salim adalah bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 2 Februari lalu.
"Walau sesakit manapun, realitinya saya sekadar kenderaan" - Syed Saddiq
Syed Saddiq menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dari awal. Selain ibu bapa, beliau juga menyatakan penghargaan kepada Bella Astillah yang turut hadir bersama beliau di mahkamah dengan berkata "dia wanita yang luar biasa dan saya terhutang budi". #AWANInews

Kanada pergiat usaha tingkat dagangan, pelaburan termasuk dengan Kanada
Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspek perdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.

Had tempoh PM 10 tahun bukan bahan politik perkauman sempit, dangkal - Anwar
Agenda mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak wajar dijadikan bahan politik perkauman sempit dan dangkal.

PM Anwar ucap tahniah kepada barisan kepimpinan baharu CEC DAP
Anwar berharap barisan kepimpinan baharu itu dapat meneruskan kerja dengan baik dalam satu pasukan selama tiga tahun lagi.

Lebih 1,000 meriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri
Lebih 1,000 hadirin memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 tahun boleh rosak negara - Anwar
Anwar bagaimanapun menegaskan, proses itu akan dilaksana dengan rapi kerana ia memerlukan konsensus semua parti serta sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

Bukan elak reformasi tapi perlu ikut proses, gopoh bawa kegagalan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa reformasi tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa untuk mengelakkan kegagalan.

Tiada negara boleh maju jika batu api isu kaum, agama - PM Anwar
Kerajaan mengambil pendekatan bersama DAP untuk mengangkat martabat negara dengan tadbir urus yang cekap dan memerlukan dukungan masyarakat pelbagai kaum.

Main isu kaum tindakan ‘desperado’, kononnya kerajaan tunduk dengan DAP - Anwar
Beliau menganggap pihak tidak bertanggungjawab itu hanya bijak memainkan isu perkauman berbanding membahas dasar kerajaan.

Kerajaan tidak campur tangan keputusan badan kehakiman - PM Anwar
Bagaimanapun, perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan mereka yang dilantik dalam badan itu mempunyai kewibawaan.

DAP rakan setia Anwar Ibrahim, hanya ‘yes man’ kepada rakyat - Guan Eng
DAP hanya tunduk kepada pengundi dan rakyat Malaysia, bukan kepada individu atau pihak tertentu.

PM Anwar hadiri kongres kebangsaan DAP ke-18
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).