SAN FRANCISCO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berasa bangga kerana Brunei, Indonesia dan Malaysia sepakat serta tegas dalam isu Gaza di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini pada Jumaat.
"Saya bangga dalam hal ini, Indonesia, Malaysia dan Brunei sepakat serta tegas. Tuanku Sultan Brunei (Sultan Hassanal Bolkiah) ada menyatakan tentang pertelingkahan di Timur Tengah.
"Presiden Indonesia Jokowi menyebut tentang kekejaman yang berlaku di Gaza," kata beliau kepada media Malaysia pada akhir lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Anwar tiba di sini pada 13 Nov lepas bagi menghadiri edisi ke-30 mesyuarat itu yang berlangsung dari 14 hingga 17 Nov.
Seperti dijangka, Ekonomi-Ekonomi APEC gagal mencapai konsensus bagi perenggan yang diusulkan oleh Amerika Syarikat berhubung isu geopolitik di antara Rusia dan Ukraine.
Perdana Menteri berkata memandangkan isu itu dibawa ke platform APEC, Malaysia telah berbincang dengan Ekonomi-Ekonomi yang sehaluan dan sepakat untuk memperkenal perenggan berhubung krisis kemanusiaan di Gaza.
Sebagai kompromi, pihak AS selaku tuan rumah telah bersetuju mengeluarkan elemen geopolitik daripada kedua-dua kenyataan AELM dan AMM serta akan mengetengahkan isu geopolitik dalam Kenyataan Pengerusi sahaja.
Pada masa sama, Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia akan mengeluarkan Kenyataan Bersama yang menyatakan pendirian teguh dan pandangan lebih jelas tentang perbincangan mengenai krisis kemanusiaan di Gaza pada APEC 2023.
Hanya dalam Kenyataan Pengerusi mengenai Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC mereka ada menyebut tentang Gaza.
Menurut kenyataan itu, "Kami telah bertukar-tukar pandangan mengenai krisis yang sedang berlaku di Gaza. Para pemimpin, termasuk Amerika Syarikat, berkongsi pendirian masing-masing. Sesetengah pemimpin juga berkongsi mesej bersama Sidang Kemuncak Bersama Negara Arab-Islam di Riyadh pada 11 Nov 2023."
Perdana Menteri berkata beberapa pemimpin telah membantah kemasukan perkara itu dalam Deklarasi Golden Gate Pemimpin-Pemimpin APEC 2023 atas alasan mereka tidak percaya bahawa APEC adalah forum bagi membincangkan isu geopolitik.
"Secara keseluruhan, saya gembira kerana ini adalah satu pendirian yang penting. Kami bukanlah ahli yang ingin mempamerkan sikap suka melawan atau berperang sebaliknya kami mengambil pendirian sebagai rakan," kata Anwar ketika ditanya sama ada beliau gembira dengan penglibatan secara keseluruhdan dalam APEC 2023.
"Saya tidak menggunakan Forum itu untuk melontarkan kecaman sebaliknya membuat rayuan bagi menghentikan kekejaman yang sedang berlaku di Gaza," katanya.
Menurut Agensi Anadolu yang memetik kenyataan pejabat media kerajaan Palestin, angka kematian di negara itu dalam krisis yang berlanjutan sejak 7 Okt lepas telah melepasi 12,000.
Turut hadir pada sidang media itu Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles Anil Fahriza Adenan.
Terdahulu, Perdana Menteri bertemu dengan kira-kira 400 diaspora Malaysia yang majoritinya adalah pelajar. Pelbagai persoalan dan isu telah dibincangkan termasuk dwikerakyatan, Ringgit serta penghijrahan cendekiawan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berasa bangga kerana Brunei, Indonesia dan Malaysia sepakat serta tegas dalam isu Gaza. - Foto BERNAMA
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Anwar berkata negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkaya landskap muzik tanah air.
PM tiba di Korea Selatan, rakan dagang kelapan terbesar negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Seoul, Korea Selatan, untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Kes video fitnah Perdana Menteri, PDRM terima 11 laporan - KPN
Polis menerima 11 laporan berhubung satu video tular seorang individu didakwa memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan temu ramah Perdana Menteri dengan CNN.
PM Anwar ucap takziah kepada Sheikh Al-Azhar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam.
Perhebat muzium di Malaysia dengan paparan sejarah, warisan - PM Anwar
Muzium di Malaysia boleh diperhebat dengan memperbanyakkan paparan sejarah serta warisan budaya negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza: PM Anwar kecam sikap berat sebelah media barat, seru supaya konsisten dalam isu hak asasi manusia
Sambil menyatakan rasa tidak setuju terhadap keganasan di semua pihak, Anwar menekankan kepentingan untuk mengambil kira konteks sejarah.
Sebarang bentuk perlindungan akan jejaskan perdagangan, pelaburan - PM Anwar
Sebarang bentuk perlindungan akan menjejaskan negara-negara dari segi perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kestabilan terjamin melalui tadbir urus yang baik dan pembanterasan rasuah - PM Anwar
Anwar berkata agenda beliau untuk membanteras rasuah secara berterusan itu, diibaratkan sebagai satu perjuangan beliau untuk negara.
Perdana Menteri bertindak berani, gesa negara Arab, Islam usir Israel dari PBB
Perdana Menteri mengajak semua negara Arab dan Islam untuk membina konsensus ke arah menggantung atau mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Pertemuan dengan Putera Mahkota Kuwait kukuhkan kerjasama dengan negara Asia Barat - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Kuwait, Sabah Al-Khalid Al-Sabah.