Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam.
Bernama
Thu Nov 14 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam.
"Saya baru saja bertemu Dr Ahmad semasa lawatan ke Mesir. Semoga Allah mengurniakan Syurga Firdaus kepada Allahyarham dan memberikan kesabaran serta ketabahan kepada keluarga Dr Ahmad atas kehilangan itu.
"Doa dan ingatan saya bersama beliau. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurut laman sesawang Muslim Council of Elders, kakak Dr Ahmad, Samiha Mohammed Ahmad Al-Tayyeb meninggal dunia semalam.