PKR sedang memperkemas jentera pilihan rayanya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang dijangka diadakan pada hujung tahun depan atau awal 2021.
Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian akan mengepalai jentera parti di negeri itu dan akan dibantu oleh beberapa orang pimpinan pusat iaitu Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution dan tiga Naib Presiden Dr Xavier Jayakumar, Tian Chua dan Ali Biju.
"Mereka akan mula sempurnakan tugas secepat mungkin merangka strategi, mengadakan rundingan dengan parti-parti komponen dan persiapkan jentera yang boleh beri satu landasan perjuangan yang berkesan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, di sini pada Ahad.
Pada PRN Sarawak ke-11, Barisan Nasional (BN) menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, manakala DAP menang tujuh kerusi dan PKR menang tiga kerusi iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba'kelalan.
Menurutnya mesyuarat itu turut membincangkan kedudukan Anggota Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang juga bekas pembantunya.
Anwar berkata PKR mengambil serius dakwaan tersebut dan meminta polis meneruskan siasatan terhadap kes itu.
"Kami akan tunggu hasil siasatan untuk bertindak selanjutnya sekiranya wajar," katanya.
Baru-baru ini, seorang wanita membuat laporan polis mendakwa beliau menjadi mangsa gangguan seksual Kesavan, namun anggota parlimen itu turut membuat laporan polis dengan mendakwa wanita tersebut sering mengganggunya.
Mengenai bantahan terhadap program berbuka puasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Ampang semalam yang disambut seperti pesta dengan lagu dan bunga api, Anwar memohon maaf dan telah meminta sayap PKR itu memperbaiki kelemahan tersebut.
"Saya telah memberi amaran keras kepada AMK supaya menghormati bulan Ramadan dan tidak menjalankan acara yang menyimpang dari landasan Islam," katanya.
Sementara itu, Anwar berkata PKR membantah tindakan provokasi Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dan mendesak badan antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan sidang tergempar bagi mengelak ketegangan yang boleh menjurus kepada peperangan.
"PKR menggesa Malaysia menyatakan pendirian tegas kita dengan menolak provokasi dan ancaman peperangan kepada seluruh negara Islam yang bergabung di bawah Persidangan Kerjasama Islam (OIC), yang akan mengadakan sidang kemuncaknya di Makkah pada 31 Mei ini," katanya.
AS akan menghantar 1,500 lagi tentera tambahan ke Timur Tengah sebagai "langkah perlindungan", berikutan ketegangan yang kian memuncak dengan Iran, kata Presiden Donald Trump pada Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2019
Baru Bian akan mengepalai jentera parti di Sarawak dan akan dibantu oleh beberapa orang pimpinan pusat. - Gambar fail
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
Jangan terlalu beri tekanan kepada saya - Justin
Prestasi pemain berusia 20 tahun itu menurun selepas mengalami kecederaan putus tendon Achilles kaki kirinya pada April 2023.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Portal rasmi Kerajaan Melaka, Tourism Melaka akan dilengkapi 'chatbot AI'
Penggunaan teknologi AI ini bukan sahaja mempercepat komunikasi, tetapi juga memberikan sokongan lebih cekap dan berkesan.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Trump ancam kembalikan Terusan Panama kepada AS sekiranya Panama tidak kurangkan caj
Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan AS sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Harga telur di Amerika Syarikat capai rekod tertinggi
Harga telur di seluruh Amerika Syarikat melonjak ke tahap tertinggi tahun ini, didorong oleh wabak selesema burung dan peningkatan permintaan semasa musim cuti, lapor Xinhua.
Lima cedera pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas
Lima orang cedera selepas seorang pemandu trak pikap yang melarikan diri merempuh pusat beli-belah di Killeen, Texas.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
Lelaki maut ditimpa beruang jatuh pokok
Seorang lelaki di Amerika Syarikat maut selepas seekor beruang yang ditembak oleh rakan pemburu terjatuh dari pokok dan menghempapnya.
Amerika Syarikat serah 2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo
Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006.
Seorang maut, 9 cedera dalam insiden tembakan di Maryland, AS
Tembakan berlaku di sebuah rumah pengebumian. Polis menemukan sebuah kereta terbalik dan terbakar di lokasi kejadian.