Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengarahkan 12 tapak pembinaan ditutup kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga kini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi satu kenyataan berkata, pada Khamis, CIDB membuat pemeriksaan di 191 tapak binaan di seluruh Malaysia yang melibatkan 193 penguat kuasa.
“Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB telah mendapati 101 tapak binaan patuh SOP yang ditetapkan manakala tujuh tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran.
“Dua tapak binaan diarah tutup kerana tidak patuh SOP dan baki 81 tapak binaan tidak beroperasi.
BACA: Ini lima perkara penting kenyataan media PKPB
BACA: PKPB: Jumlah kenderaan diperiksa menurun, 67 individu ditahan - Ismail Sabri
“Jumlah kumulatif tapak binaan yang telah diperiksa oleh CIDB sehingga hari ini adalah 6,750 tapak binaan. Daripada jumlah itu, 1,312 tapak binaan didapati mematuhi SOP dan 295 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran,” kata Ismail Sabri melalui satu kenyataan media pada Jumaat.
Sebelum ini, sebanyak 10 tapak pembinaan telah diarah tutup kerana tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam perkembangan lain, beliau berkata seramai 297 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan dikuarantin wajib pada Khamis.
"(Secara keseluruhan) Seramai 49,808 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April lalu.
"Sehingga Jumaat, seramai 39,372 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang," ujarnya.
Isabelle Leong
Fri Jun 05 2020
![PKPB: Tidak patuh SOP, 12 tapak pembinaan diarah tutup - Ismail Sabri PKPB: Tidak patuh SOP, 12 tapak pembinaan diarah tutup - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51588325813_pembangunanconstru.jpg)
Ismail Sabri berkata, setakat Khamis, CIDB membuat pemeriksaan di 191 tapak pembinaan di seluruh Malaysia. Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624529351_pembangunanconstru.jpg)
Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.
![Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil - CIDB Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil - CIDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697626620_kontraktor.jpg)
Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil - CIDB
Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana (G1 hingga G4).
![Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610721223_CIDBLOGO.jpg)
Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.
![Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600694263_kemalangan.jpg)
Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.
![CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81510042630_ceoCIDB.jpg)
CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari
Notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.
![Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442316855_SUBRAMANIAM.jpg)
Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam
Penularan kes ini terkawal dan dipantau rapat pihak kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
![Guna bahan lestari untuk rumah mangsa banjir - Fadillah Guna bahan lestari untuk rumah mangsa banjir - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71391689137_295x200.jpg)
Guna bahan lestari untuk rumah mangsa banjir - Fadillah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyarankan penggunaan panel komposit poliuretana yang ringan untuk membina rumah baharu mangsa banjir.
![Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung--CIDB Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung--CIDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/51380543322_295x200.jpg)
Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung--CIDB
Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Jabatan Kerja Raya akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.