Polis Kontinjen Kedah akan mengurangkan sekatan jalan raya di dalam bandar sebaliknya memberi tumpuan terhadap kawasan sempadan negeri ini selaras penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata prosedur operasi standard (SOP) baharu pasukan itu ditetapkan bagi mengekang kemasukan orang dari luar ke negeri ini tanpa kebenaran atau alasan kukuh.
Beliau berkata, sehubungan itu, sebanyak 47 sekatan jalan raya di seluruh negeri ini yang dilakukan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dikurangkan selepas perlaksanaan PKPB bermula Selasa.
"Tumpuan kita sekarang adalah menyekat atau menapis kemasukan orang ke Kedah, jadi sekatan jalan raya dibuat di semua pintu masuk termasuk di jalan persekutuan, jalan negeri serta lebuh raya.
"Jadi saya berharap pada masa yang sama rakyat Kedah akan terus mematuhi SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di Alor Setar, pada Rabu.
Terdahulu, Zainuddin turut menerima 1,500 naskah terjemahan al-Quran untuk diserahkan kepada barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah.
Sumbangan itu disampaikan oleh Sekretariat Yayasan Warisan Ummah, Hashim Anang.
Adie Sufian Zulkefli
Wed May 06 2020
Sebanyak 47 sekatan jalan raya di seluruh negeri ini yang dilakukan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dikurangkan. Gambar Astro AWANI
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Elak perbincangan terbuka pembahagian kerusi PRU15 dalam PN - Annuar Musa
Perbincangan atau kenyataan terbuka sedemikian boleh menyebabkan berlaku salah tafsiran dan persepsi sehingga menimbulkan kekeliruan.
PKPB: Polis Kedah tumpu sekatan jalan kawasan sempadan
47 sekatan jalan raya di negeri ini yang dilakukan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) satu dikurangkan
Doktor minta kurangkan lawatan terhadap Nik Aziz
Doktor yang merawat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta orang ramai agar dapat mengurangkan lawatan.