KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan yang sebelum ini dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 6 Disember.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas terdapat pertambahan 35 kes baharu sehingga 12 November yang menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di kawasan itu kini sebanyak 1,135 kes.
“Atas nasihat dan penilaian risiko yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPB Labuan bermula 14 November sehingga 6 Disember.
“PKPB ini masih perlu dilaksanakan bagi mengekang penularan dan memberi ruang kepada petugas kesihatan untuk melaksanakan Active Case Detection di kawasan-kawasan bersasar yang dikenal pasti berisiko tinggi,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Haji Baki, Kuching berkuat kuasa hari ini (13 November) lebih awal dari yang dijadualkan.
“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Kg. Haji Baki, Kuching bermula 28 Oktober sehingga 10 November dan kemudian dilanjutkan lagi sehingga 24 November.
“Pengumuman pelanjutan PKPD ini dibuat atas nasihat KKM disebabkan masih terdapat banyak keputusan ujian makmal yang masih belum diperolehi pada ketika itu.
"Bagaimanapun, sehingga 12 November, kesemua keputusan ujian saringan makmal telah diperolehi dan tiada lagi kes positif baharu dikesan sejak tujuh hari lalu,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Fri Nov 13 2020

Keputusan itu dibuat selepas terdapat pertambahan 35 kes baharu sehingga 12 November. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PKPB terima dua anugerah kecemerlangan TVET
Membawa semangat 'Bantu Belia Bantu Negara', inisiatif Projek Belia Mahir yang digerakkan NGO itu sejak 2010 telah memberi manfaat kepada 50,000 belia.

Komitmen kerajaan kaji semula gaji penjawat awam beri kesan positif kepada sektor swasta - PKPB
Komitmen kerajaan untuk mengkaji semula tangga gaji penjawat awam khususnya di peringkat rendah dilihat sebagai satu langkah yang baik, sekali gus memberi kesan positif kepada pekerja sektor swasta.

Perlu ada keazaman, kesungguhan jayakan hasrat PM perkasa TVET - PKPB
Ketika ini memang terdapat banyak industri yang menjalankan latihan di tempat kerja terutama kepada lepasan sekolah yang memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik yang rendah.

Tetapkan gaji minimum untuk belia berkemahiran - PKPB
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyaran kerajaan menetapkan gaji minimum kepada golongan belia berkemahiran.

PRU15: Parti politik perlu terima keputusan rakyat esok
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) mengingatkan seluruh parti politik menerima apa sahaja keputusan serta mandat baharu yang rakyat berikan bermula esok.

Lima perkara penting kenyataan media Hishammuddin Hussein pada 13 Ogos
KPDNHEP juga telah melakukan 2,598 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 2,597 premis mematuhi SOP manakala 1 lagi diberi amaran.

173 dikompaun ingkar SOP, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada Selasa, KPDNHEP telah membuat 1,004 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas.

375 individu ditahan ingkar SOP, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin pada 2 Ogos
KPDNHEP telah membuat 800 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas

290 individu ditahan, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin
KPDNHEP telah membuat 806 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas terdiri daripada peruncit (619), pemborong (156) dan pengilang (31).

355 ditahan ingkar SOP, berikut lima perkara penting kenyataan Hishammuddin pada 28 Julai
Op Benteng melibatkan ATM, PDRM, APMM, JIM, JKDM, AKSEM dan agensi-agensi keselamatan lain.