KUALA LUMPUR: Tahap kesihatan mental di negara ini semakin membimbangkan semenjak pandemik COVID-19 bermula.
Pakar psikiatri Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkata, kehilangan kerja dan masalah kewangan dilihat faktor utama yang memerlukan perhatian khusus kerajaan.
"Moratorium itu penting bukan sahaja untuk pastikan orang ramai tidak mengalami masalah kewangan tetapi juga untuk menjaga kesihatan mental mereka.
"Dalam tempoh setahun ini kita lihat peningkatan mendadak kes berkaitan kesihatan mental dan bunuh diri. Kes yang dirujuk ke hospital banyak, Talian Kasih juga banyak dapat panggilan.
"Jadi tak boleh pandang remeh hal ini," katanya dalam temu bual di Buletin AWANI, pada Ahad.
Tambah Dr Amer, situasi ketika ini membuatkan beberapa agensi mengambil tindakan lebih proaktif, antaranya pengaktifan semula talian 15999 selain peranan yang dimainkan oleh agensi bukan kerajaan (NGO).
Lebih setahun berdepan dengan situasi ini, beliau juga meminta orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan orang di sekeliling mereka yang mungkin memerlukan bantuan.
"Kita boleh lihat masalah perceraian dan keganasan rumah tangga juga semakin meningkat apabila PKP berjalan.
"Apa yang penting sekarang, orang ramai perlu ada kesedaran yang kehidupan kita berbeza walaupun mungkin berhadapan situasi PKP yang sama.
"Kena sedar yang ada orang di sekeliling kita yang alami masalah, jadi semua perlu mainkan peranan, buat laporan jika perlu supaya bantuan boleh diberikan.
"Mereka yang mengalami masalah juga jangan berdiam diri kerana kita ada banyak agensi yang boleh membantu," ujarnya.
Astro Awani
Sun May 30 2021
Pandemik menyaksikan peningkatan mendadak kes berkaitan kesihatan mental dan bunuh diri.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Ini caranya untuk miliki rumah pertama tanpa bayaran duit muka
Misi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) adalah memastikan lebih ramai rakyat negara ini mampu memiliki rumah pertama.
Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.
Jenayah: Polis buru lelaki curi beg di medan selera
Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah beg yang berlaku di medan selera Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam, pada 2 Januari lalu.
Guru ditahan, cabul murid tahun enam dalam rumah hantu sekolah
Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di Melaka Tengah direman enam hari selepas disyaki mencabul dua muridnya berusia 12 tahun dalam rumah hantu karnival sekolah.
Pendekatan global diperlukan dalam penggubalan dasar - Rafizi
Malaysia akan mengambil pendekatan global dalam penggubalan dasar untuk kekal relevan dalam menghadapi perubahan dinamik global.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Nampak imigresen, PATI lari lintang-pukang
Suasana sunyi kawasan pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (PATI) dikejutkan dengan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Khamis.
[TERKINI] Kriteria kelayakan, mekanisme pelaksanaan RON95 akan diumum seawal mungkin
Kriteria kelayakan dan mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 akan diumumkan seawal mungkin kepada rakyat.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.