Sehubungan itu, permohonan hanya boleh dibuat oleh pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Akta Perkhidmatan Pos 2012 dan Akta Tandatangan Digital 1997.
Hanya pemegang lesen di bawah sektor-sektor yang dikenal pasti sebagai perkhidmatan perlu boleh membuat permohonan kebenaran beroperasi dan pergerakan bagi pihak syarikat dan syarikat-syarikat vendor di dalam rantaian perkhidmatan mereka kepada MCMC menerusi e-mel: mco.compliance@mcmc.gov.my.
Senarai aktiviti-aktiviti yang dibenarkan seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah seperti jadual yang tertera di bawah:


Kebenaran bersyarat kepada pemegang lesen, memerlukan pemegang lesen bertanggungjawab terhadap rantaian perkhidmatan yang dipohon oleh pihak pemegang lesen.
Kebenaran bersyarat ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan peraturan baharu yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan akan terbatal sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan yang ditetapkan.