KUALA LUMPUR: Lebih 30 warga kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyantuni golongan gelandangan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini malam tadi, bagi menghulurkan bantuan kepada mereka bersempena bulan Ramadan tahun ini.
Ketua Pegawai Korporat PKNS Idris Ishak yang mengetuai program dikenali Raga Ramadan Kasih PKNS itu, berkata pihaknya berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik itu.
"Kami telah memperuntukkan sejumlah RM10,000 bagi program hari ini untuk memberi sumbangan barangan kering, selain dana untuk menambah baik pusat tuisyen anak-anak jalanan (dikendalikan Pertubuhan Jejak Jalanan)," katanya kepada pemberita.
Idris berkata aktiviti mendekati golongan gelandangan pada Selasa, merupakan sebahagian daripada lima siri tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS untuk bulan Ramadan kali ini.
Beliau pada masa sama berharap, agar program dijalankan pihaknya dapat memberi inspirasi kepada syarikat korporat serta pembayar zakat lain, dalam membantu golongan memerlukan bersempena bulan Ramadan.
Dalam pada itu, ketua aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan Azhan Adnan berkata PKNS merupakan syarikat korporat pertama yang menjalinkan kerjasama bersama mereka, sejak ditubuhkan pada tahun lepas.
Sehubungan itu, Azhan berharap kerjasama bersama PKNS dalam program tersebut, akan membuka jalan buat pihaknya untuk bersama badan korporat lain, membantu golongan memerlukan di ibu kota selepas ini.
Sementara itu, salah seorang penerima bantuan Disnina Mohamad, 53, berkata sumbangan diberikan PKNS, sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada keluarganya menjelang Ramadan kali ini.
"Suami saya menghidap strok dan saya pula merupakan peniaga nasi campur, saya harapkan bantuan PKNS hari ini setidak-tidaknya dapat ringankan beban kami untuk menyambut Ramadan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Idris Ishak (dua, kanan) beramah mesra bersama gelandangan, Matbi (kiri) ketika program Raga Ramadan Kasih PKNS di Jalan Tuanku Abdul Rahman. - Foto BERNAMA
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.