Majlis berlangsung di Masjid Kariah Jimah Baru Negeri Sembilan itu turut dihadiri penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Radin, Azad Jasmin, Muna Bella dan Isha Norsham.
Pengurus Saluran Era, Niq Nur Azarina Shahrin berkata, majlis itu mengeratkan ukhwah antara pendengar dan stesen Radio Era dalam bulan Ramadan kali ini.
“Syukur Alhamdulillah, Ramadan Kampung Era berjalan dengan lancar selain turut dibantu pengurusan tertinggi masjid berkenaan.
“Sumbangan berupa baucar membeli belah ini mampu meringankan beban mereka untuk berbelanja dan menampung keperluan raikan Syawal.
“Rata-rata penerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal, keluarga yang tidak berkemampuan serta orang tua,” katanya.
Dalam pada itu, penyampai Era juga sempat memberi duit raya kepada jemaah masjid terutama kanak-kanak dan juga orang tua.
“Saya amat berbesar hati dengan keikhlasan penyampai era memberi duit raya kepada jemaah yang hadir ke masjid itu.
“Ini antara usaha kami mengeratkan hubungan dengan pendengar yang tidak henti-henti menyokong kami selama 26 tahun bersiaran.
“Saya juga berharap majlis seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang dan tidak hanya fokus pada bulan Ramadan sahaja," jelas mereka.
Radio Era terus kekal sebagai radio nombor satu paling legit di Malaysia dengan mencatat lebih 5.4 juta pendengar.