KUANTAN: Tiga negeri merekodkan kurang 10 peratus kadar suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) iaitu Sabah, Terengganu dan Kelantan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata antara sebab jumlah pendaftaran bagi program itu masih rendah adalah kerana ibu bapa mengambil sikap tunggu dan lihat selain bimbang dengan kesan sampingan vaksin berkenaan terhadap anak mereka.
"Kita harap ibu bapa segera beri kebenaran untuk anak mereka dapatkan vaksin dan usaha meningkatkan bilangan kanak-kanak untuk menerima vaksin sedang giat dijalankan," katanya pada sidang media selepas meninjau PICKids di Sekolah Kebangsaan Wira di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus.
Dr Noor Azmi berkata hanya 58 kanak-kanak dilaporkan mengalami kesan sampingan selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19 menerusi PICKids setakat Rabu lepas.
PICKids menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun menerima vaksin COVID-19 dan sebanyak 708,187 individu atau 19.9 peratus populasi itu telah menerima dos pertama vaksin mereka setakat Khamis.
Selain itu, beliau memaklumkan bagi kanak-kanak Orang Asli di Pahang, program 'outreach' telah dilaksanakan sebagai langkah membantu mereka mendapatkan vaksin COVID-19.
"Anak Orang Asli tidak terpinggir daripada menerima suntikan, saya dimaklumkan lebih 700 kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Lipis telah menerima suntikan vaksin pada minggu lepas, dan Pahang mempunyai 18 pasukan outreach untuk digerakkan ke lokasi-lokasi di pedalaman," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Azmi berkata siasatan masih dijalankan susulan dakwaan berlaku kecuaian di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kelantan ketika Muhammad Hilman Firdaus, bayi lelaki berusia dua bulan mendapatkan rawatan sehingga menyebabkan kematian.
Pada Khamis, media melaporkan keluarga bayi itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
![PICKids: Tiga negeri catat kadar kurang 10 peratus suntikan vaksin COVID-19 PICKids: Tiga negeri catat kadar kurang 10 peratus suntikan vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645827034_NoorAzmiGhazaliP.jpg)
Dr Noor Azmi memberi suntikan vaksin kepada Che Wan Dhabit Hazim yang ditemani ibunya, Mazlin Zainal Abidin (berdiri, kiri) pada PICKids di Sekolah Kebangsaan Wira, Kuantan 25 Feb 2022. --fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![PRU15: Noor Azmi beri bayangan tanding Bebas jika tidak dicalonkan PN PRU15: Noor Azmi beri bayangan tanding Bebas jika tidak dicalonkan PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658839360_eputyHealthMiniste.jpg)
PRU15: Noor Azmi beri bayangan tanding Bebas jika tidak dicalonkan PN
Noor Azmi sedia dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai, namun, keputusan akhir terletak pada PN.
![Warga emas digesa ambil vaksin influenza, elak risiko tidak diingini Warga emas digesa ambil vaksin influenza, elak risiko tidak diingini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662536835_TBImmuniseLife.jpg)
Warga emas digesa ambil vaksin influenza, elak risiko tidak diingini
Pencegahan influenza turut tersenarai sebagai salah satu tabiat gaya hidup yang disyorkan untuk warga emas.
![KKM kesan tujuh kematian babitkan jangkitan malaria sejak Januari KKM kesan tujuh kematian babitkan jangkitan malaria sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619345561_Malaria.jpg)
KKM kesan tujuh kematian babitkan jangkitan malaria sejak Januari
Enam kes dilaporkan daripada jangkitan malaria zoonotik manakala satu kes membabitkan malaria manusia jangkitan tempatan.
![Harap Ahli Parlimen sokong akta baharu kawalan tembakau - Dr Noor Azmi Harap Ahli Parlimen sokong akta baharu kawalan tembakau - Dr Noor Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71643856100_NoorAzmiGhazali.jpg)
Harap Ahli Parlimen sokong akta baharu kawalan tembakau - Dr Noor Azmi
Draf akta baharu itu sudah dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk kelulusan sebelum RUU berkenaan boleh dibentangkan ke Parlimen.
![Cacar monyet: Pintu sempadan negara tidak akan ditutup - Dr Noor Azmi Cacar monyet: Pintu sempadan negara tidak akan ditutup - Dr Noor Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648556683_NoorAzmiGhazalit.jpg)
Cacar monyet: Pintu sempadan negara tidak akan ditutup - Dr Noor Azmi
KKM akan meningkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa terutama di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
![Jangan bawa anak kecil ke bazar Ramadan elak jangkitan COVID-19 Jangan bawa anak kecil ke bazar Ramadan elak jangkitan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649034427_BazarRamadan.jpg)
Jangan bawa anak kecil ke bazar Ramadan elak jangkitan COVID-19
Kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak.
![412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi 412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643882984_PICKIDS.jpg)
412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi
Kesemua PPV tambahan itu diwujudkan dengan mengambil peluang sempena cuti sekolah yang bermula sejak 26 Feb lepas.
![PICKids: Tiga negeri catat kadar kurang 10 peratus suntikan vaksin COVID-19 PICKids: Tiga negeri catat kadar kurang 10 peratus suntikan vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645827034_NoorAzmiGhazaliP.jpg)
PICKids: Tiga negeri catat kadar kurang 10 peratus suntikan vaksin COVID-19
Antara sebab ia masih rendah adalah kerana ibu bapa mengambil sikap tunggu dan lihat selain bimbang dengan kesan sampingan.
![KKM segerakan pembaikan klinik kesihatan terjejas banjir - Timbalan Menteri KKM segerakan pembaikan klinik kesihatan terjejas banjir - Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640845838_DatukDrNoorAzmiG.jpg)
KKM segerakan pembaikan klinik kesihatan terjejas banjir - Timbalan Menteri
Keutamaan KKM adalah memastikan perkhidmatan kesihatan di kawasan terjejas dapat bersambung semula secepat mungkin.
![KKM dalam usaha beri penempatan doktor kontrak di fasiliti KKM - Dr Noor Azmi KKM dalam usaha beri penempatan doktor kontrak di fasiliti KKM - Dr Noor Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638284553_DoctorGeneric.jpg)
KKM dalam usaha beri penempatan doktor kontrak di fasiliti KKM - Dr Noor Azmi
Wujudkan jawatankuasa khas untuk membincangkan mengenai pindaan undang-undang berhubung Akta Perubatan, Akta Pergigian dan Akta Farmasi.