IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat tujuh kes kematian akibat jangkitan malaria sejak 2 Januari hingga 9 Julai lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata daripada jumlah itu, enam kes dilaporkan daripada jangkitan malaria zoonotik manakala satu kes membabitkan malaria manusia jangkitan tempatan.
"Bagi kematian jangkitan malaria zoonotik, dua kes dilaporkan di Terengganu dan Sabah manakala satu kes di Sarawak serta Pahang. Satu kes kematian melibatkan malaria manusia jangkitan tempatan pula berlaku di Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 1,447 kes malaria dicatatkan dalam tempoh sama membabitkan 1,311 kes malaria zoonotik dan 136 malaria manusia jangkitan tempatan.
"Saya dimaklumkan bahawa kes jangkitan yang berlaku ini masih berada pada tahap terkawal namun kita tidak boleh alpa dan perlu memastikan langkah pencegahan dilakukan bagi menurunkan kadar," katanya.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Azmi menyarankan pemain industri dalam sektor perladangan, perlombongan dan pembinaan yang menggunakan tenaga pekerja asing supaya sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk saringan malaria terhadap golongan tersebut.
Beliau berkata ini kerana golongan itu antara yang terdedah dan berisiko dijangkiti malaria berdasarkan penelitian serta kajian yang dilakukan oleh pihak berkaitan.
"Pekerja asing seharusnya melalui pemeriksaan kesihatan termasuk saringan malaria mengikut polisi yang ditetapkan kerajaan. Pihak majikan juga bertanggungjawab membekalkan kelambu berubat bagi melindungi mereka daripada gigitan nyamuk. Bagi pekerja yang mengalami gejala malaria, perlu menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran," katanya.
Mengenai sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022, beliau berkata bertujuan memberi kesedaran dan menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa malaria merupakan masalah kesihatan awam yang perlu diberikan perhatian secara serius.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022

Enam kes dilaporkan daripada jangkitan malaria zoonotik manakala satu kes membabitkan malaria manusia jangkitan tempatan. - Gambar hiasan
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

KKM kesan tujuh kematian babitkan jangkitan malaria sejak Januari
Enam kes dilaporkan daripada jangkitan malaria zoonotik manakala satu kes membabitkan malaria manusia jangkitan tempatan.