KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menggariskan beberapa perkara dalam usaha untuk memberi penempatan kepada pegawai perubatan kontrak di fasiliti KKM, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, usaha itu termasuk mewujudkan jawatankuasa khas untuk membincangkan mengenai pindaan undang-undang berhubung Akta Perubatan, Akta Pergigian dan Akta Farmasi selain mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Akta Pencen.
"Kita ke arah untuk berusaha supaya kita dapat beri penempatan kepada doktor kontrak. Kita nak fikir macam mana supaya penambahbaikan dapat dilakukan untuk doktor siswazah, fleksibiliti untuk membuat kepakaran dan sebagainya," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu langkah yang dilaksanakan KKM untuk mengatasi kekurangan doktor pakar dan isu doktor kontrak.
Berhubung kekurangan doktor pakar, Dr Noor Azmi berkata KKM sentiasa membuat penambahbaikan dengan menambah slot pengajian kepakaran di hospital dan peluang untuk mengikuti program 'parallel pathway' (program latihan kepakaran).
Selain itu, katanya KKM menyediakan pelbagai insentif untuk menarik lebih ramai doktor yang bekerja di luar negara untuk bekerja di dalam negara seterusnya memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.
Menjawab soalan asal Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang ingin tahu nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia dan matlamat KKM menjelang 2022 dan 2025, Dr Noor Azmi berkata kerajaan menetapkan sasaran nisbah doktor perubatan kepada penduduk di Malaysia pada tahun depan adalah 1:425.
"KKM telah membuat unjuran keperluan doktor dalam negara yang disediakan mengikut perancangan lima tahun. Sebagai contoh, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kita menetapkan sasaran nisbah doktor perubatan kepada penduduk di Malaysia menjelang 2025 adalah 1:400 berbanding 1:450 dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11)," katanya.
Beliau berkata bagi menentukan keperluan pegawai perubatan, urusan itu dibuat berdasarkan kepada lima perkara iaitu jumlah penduduk dan jumlah kedatangan pesakit, kategori fasiliti KKM, skop perkhidmatan disediakan bagi fasiliti itu, tahap penjagaan dan beban penyakit.
Sementara itu, menjawab soalan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai kadar hayat penggunaan katil dan fasiliti kesihatan di hospital, Dr Noor Azmi berkata jangka hayat katil yang ideal adalah 10 hingga 15 tahun dan ia bergantung kepada tempoh penggunaan dan kekerapan kerosakan.
Mengulas sama ada KKM berhasrat menukar katil dan fasiliti lain di Hospital Kemaman yang telah usang, beliau berkata KKM memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta kepada hospital itu bagi perolehan peralatan perubatan sepanjang tempoh 2020 sehingga Oktober tahun ini mengikut keutamaan pihak hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri.
"Daripada peruntukan ini, pihak hospital memperoleh lima unit katil unit rawatan rapi (ICU) berserta kelengkapan lain bagi perawatan pesakit di hospital itu. Pihak kementerian akan sentiasa memantau keperluan dalam penambahan dan penggantian katil ini dari masa ke semasa agar perkhidmatan hospital ini tidak akan terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021

KKM menyediakan pelbagai insentif untuk menarik lebih ramai doktor yang bekerja di luar negara untuk bekerja di dalam negara seterusnya memberi perkhidmatan terbaik kepada negara. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KKM pertimbang doktor kontrak lanjut pelajaran peringkat pakar setara Hadiah Latihan Persekutuan - Khairy
KKM sedang mempertimbangkan agar pegawai perubatan kontrak mendapat peluang melanjutkan pelajaran kepakaran ke peringkat Sarjana melalui kemudahan setara dengan Hadiah Latihan Persekutuan.

Segera serap doktor kontrak ke jawatan tetap - UNI-MLC
Tegas beliau, mereka juga merupakan manusia yang memerlukan taraf kerja dan kehidupan yang lebih baik.

Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.

Hartal Doktor Kontrak: PDRM atur penugasan pasukan pemantauan SOP - KPN
PDRM akan mengatur penugasan pasukan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memantau protes melibatkan doktor kontrak yang dijadual pada Isnin.

Doktor kontrak tidak akan hadir bertugas jika kerajaan gagal beri penjelasan
Gerakan Hartal Doktor Kontrak memberikan tempoh tiga minggu untuk kerajaan menyelesaikan kemelut kedudukan doktor kontrak kerajaan sebelum meneruskan mogok untuk tidak hadir bertugas.