KOTA BHARU: Kesemua aset termasuk kenderaan dan bangunan milik Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) di Kelantan bakal diambil alih oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) mulai 1 Okt ini susulan pembubaran agensi itu oleh kerajaan, baru-baru ini.
Komander Briged Tenggara PGA SAC Hasan Basri Ahmad Safar berkata susulan itu 101 anggota polis yang berkhidmat di dalam agensi berkenaan di negeri ini juga akan diserapkan ke dalam PGA.
Beliau berkata dengan pembubaran itu juga pejabat Aksem di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, Pengkalan Kubor serta Rantau Panjang akan diserahkan kepada PGA.
"Setakat ini anggota polis di dalam Aksem akan diserapkan ke dalam satu kompeni Batalion Ke-8 PGA yang berpangkalan di Pengkalan Chepa di sini.
"Kita berharap segala proses akan berjalan dengan sempurna bagi melancarkan dan memperkasa penugasan anggota di sempadan Malaysia-Thailand," katanya ketika ditemui di Kem Batalion Ke-8 PGA Pengkalan Chepa hari ini.
Hasan Basri berkata penugasan Aksem di tiga sekatan jalan raya (SJR) membabitkan Lalang Pepuyu di Tanah Merah, Neting di Pengkalan Kubor serta Chabang Empat Salam di Rantau Panjang juga akan diambil alih oleh PGA.
Pada Jun lepas, kerajaan mengumumkan Aksem yang ditubuhkan pada Disember 2017 dibubarkan manakala tugas agensi tersebut diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia.
Dengan pembubaran itu PGA akan meneruskan semua fungsi Aksem di sempadan negara menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021

Anggota Batalion Ke-8 PGA melakukan kawalan statik di Pos Ibrahim Pencen Rantau Panjang pada tinjauan, 3 Jun, 2021. - Gambar fail BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PGA ambil alih aset Aksem di Kelantan mulai 1 Okt
Susulan itu, 101 anggota polis yang berkhidmat di dalam agensi berkenaan di Kelantan juga akan diserapkan ke dalam PGA.