BAU: Kementerian Kesihatan (KKM) belum menetapkan garis masa bagi memuktamadkan cadangan untuk menyerapkan petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap menerusi kaedah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, inisiatif itu memerlukan pindaan berkaitan Akta Pencen 1980 dilakukan dan perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih diadakan.
"Kita sedang mengkaji (keperluan pindaan akta) dan perbincangan (bersama JPA) masih berlangsung memandangkan ia melibatkan bukan hanya skim di bawah pegawai perubatan sahaja," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di sini hari ini.
Beliau berkata KKM meneliti cadangan berkenaan secara lebih meluas dan ia turut melibatkan petugas perubatan sektor farmasi dan pergigian, selain menyelesaikan isu kekurangan perjawatan kakitangan perubatan seperti jururawat dan fisioterapi.
Semalam, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam sesi soal jawab di Dewan Negara dilaporkan berkata usaha menyerap petugas perubatan kontrak tanpa diberikan pencen itu diambil bagi menangani bebanan tugas yang melebihi kapasiti sumber sedia ada serta untuk mengurangkan beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini yang mencecah RM29.1 bilion pada 2021.
Beliau berkata petugas yang terlibat masih akan menerima manfaat yang sama seperti pekerja tetap yang lain seperti membuat pinjaman perumahan menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
KKM meneliti cadangan berkenaan secara lebih meluas dan turut melibatkan antaranya petugas perubatan sektor farmasi dan pergigian. - Gambar hiasan/ pixabay.com
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global.
Penyedia media sosial perlu pastikan persekitaran dalam talian selamat
Penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai obligasi untuk memastikan persekitaran dalam talian selamat selepas pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan itu.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF
Kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan KDNK bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025
Garis panduan lebih baik bagi menguruskan sisa solar panel negara dijangka siap menjelang tahun hadapan.