IPOH:Peti ais antara puluhan tan sampah sarap yang ditemukan di dalam sungai di sekitar kawasan Manjoi di sini semasa kerja-kerja pembersihan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada awal bulan ini.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata perbuatan tidak bermoral itu menyebabkan dasar sungai menjadi cetek sekali gus tidak mampu menampung kuantiti air hujan yang banyak seterusnya menyebabkan banjir kilat.
"Pada 9 November lepas, kita adakan gotong-royong di kawasan Manjoi dan kita dapat kutip lebih kurang 48 tan sampah di dalam sungai di kawasan itu. Saya fikir kalau dua hari kita buat (gotong-royong) lebih 100 tan. Macam-macam sampah termasuk peti ais pun ada dibuang ke dalam sungai.
"Kalau kita dapat kurangkan sampah, sungai kita boleh tampung lebih banyak air. Jadi, saya harap kerjasama daripada semua penduduk supaya jangan buang sampah ke dalam sungai," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) November 2020 di sini, hari ini.
Sabtu lepas, beberapa kawasan di Manjoi khususnya Kampung Sungai Kati dilanda banjir kilat akibat limpahan air Sungai Pari serta Sungai Kati dan terdapat longgokan sampah dibawa arus terperangkap di sekitar sungai.
Rumaizi berkata MBI dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih melakukan kerja-kerja pembersihan sampah sarap di sungai berkenaan bagi memastikan masalah banjir kilat itu tidak berulang.
Selain itu, katanya MBI juga dalam proses melantik juruperunding bertauliah bagi melaksanakan kajian tebatan banjir di Kawasan Industri Bercham, Kampung Sungai Rokam dan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Sri Klebang/Desa Sri Chepor dengan anggaran keluasan 10.2 kilometer persegi.
Katanya, lokasi berkenaan dijadikan kajian berdasarkan kekerapan berlaku masalah banjir kilat dan projek itu dijangka dilaksanakan secara berperingkat bermula awal 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020

Longgokan pelbagai jenis sampah yang hanyut akibat hujan lebat dan aliran deras di Sungai Pari, Manjoi. - Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal
Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara India itu bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.

Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.

Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.

Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."

Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.

Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.

Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India
Penduduk di utara India, termasuk ibu negara Delhi, terus berdepan kualiti udara yang sangat buruk sejak Ahad.

JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang
Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata pihaknya meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri untuk menjalankan siasatan.

Delhi kerah bot bermotor, 'waterjet' bersihkan Sungai Yamuna
Fenomena itu berlaku susulan pembuangan bahan kimia, sisa industri dan sisa kumbahan yang tidak dirawat ke dalam sungai.