IPOH: Pengguna jalan raya khususnya peserta konvoi motosikal dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata pihaknya komited dalam menjalankan tugas bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas.
"Kita tidak pernah menghalang pengguna motosikal menggunakan jalan awam melakukan aktiviti riadah konvoi namun perlulah menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang jalan raya.
"Berkonvoi itu tidak salah tetapi apabila mereka tiada lesen memandu, tiada insurans, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan lain-lain kesalahan maka ia akan mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam sidang media sempena Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang peserta program RXZ Members 5.0 maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Kilometer (KM) 255.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) semalam.
Mangsa Muhammad Luqman Misnan, 30, bersama dua lagi rakan dikatakan dalam perjalanan secara berkonvoi dari Kuantan menghala ke Gong Badak di Kuala Nerus sebelum motosikal jenis Yamaha RXZ dinaiki terbabas kira-kira pukul 11 pagi.
Sementara itu, Lokman berkata sepanjang tempoh tujuh hari Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 dilaksanakan JPJ tahap pematuhan pengguna motosikal terhadap peraturan jalan raya masih belum berubah.
"Kebanyakan mereka masih gagal mematuhi lampu isyarat dan tidak memakai topi keledar dan ia merupakan satu kesalahan serius dan belum mencapai tahap yang memuaskan," katanya menambah kesalahn tidak mematuhi lampu isyarat merupakan antara kesalahan utama.
Beliau berkata operasi motosikal ini akan diteruskan sehingga penghujung bulan ini agar ia dilaksanakan dengan lebih efektif bagi mencapai sasaran pengurangan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023

Lokman bercakap kepada pemberita ketika Operasi Khas Motosikal 2023 di Jalan Sultan Idris Shah malam tadi. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.