KUALA LUMPUR: Pesawat tanpa pemandu kategori Medium-altitude Long-endurance Unmanned Aircraft System (MALE UAS) dijangka diperoleh pada 2025 dan akan mula beroperasi seawal 2026, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata Kementerian Pertahanan telah melengkapkan semua proses penilaian tender bagi perolehan MALE UAS untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi memperkukuh penguasaan domain udara Malaysia.
Beliau berkata lembaga perolehan kementerian itu telah memperakukan petender yang dipilih serta dikemukakan kepada Kementerian Kewangan pada 7 Julai lepas dan keputusan muktamad akan diketahui dalam bulan ini.
"Bagi ekosistem penyelenggaraan, dilaksanakan selepas tamat tempoh waranti daripada Original Equipment Manufacturer (OEM) berpandukan kepada konsep senggaraan yang akan ditentukan TUDM.
"Perolehan persenjataan termasuk Electronic Warfare (EW) bagi aset ini akan dilaksanakan pada fasa perolehan kedua dan ketiga dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan RMK16," katanya menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) mengenai status tender, perolehan, penyelenggaraan bagi pesawat MALE UAS untuk kegunaan TUDM pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan tambahan Datuk Rozman Isli (Warisan-Labuan) mengenai objektif perolehan MALE UAS, Ikmal Hisham menjelaskan aset itu akan melaksanakan misi risikan, pengawasan dan tinjauan (ISR) untuk mengurangkan jurang keupayaan dalam menyalurkan informasi secara near real time (NRT) kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Beliau berkata pembangunan keupayaan pesawat itu adalah berlandaskan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55) dan selari dengan Pelan Pembangunan 4 Dimensi Angkatan Tentera Malaysia (4DMAF) bagi menyokong Kertas Putih Pertahanan.
"Aset MALE UAS ini akan ditempatkan di Pangkalan Udara Labuan bagi meningkatkan penguasaan domain udara TUDM khususnya dalam melaksanakan pengawasan di Laut China Selatan dan Pantai Timur Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
Ikmal Hisham berkata, lembaga perolehan Kementerian Pertahanan telah memperakukan petender yang dipilih serta dikemukakan kepada Kementerian Kewangan pada 7 Julai lepas. - Gambar fail
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Dituduh hisap vape: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar PM
Satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang ini.
Permohonan 19 bekas tentera tidak diiktiraf sebagai Veteran ATM sedang diteliti
Kementerian Pertahanan sedang meneliti 19 permohonan bekas tentera yang diberhentikan kerana salah laku.
Pesawat tanpa pemandu MALE UAS dijangka diperoleh 2025, operasi awal 2026
Kementerian Pertahanan telah melengkapkan semua proses penilaian tender bagi perolehan MALE UAS untuk kegunaan TUDM.
Veteran ATM tidak berpencen, balu turut terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Bantuan membabitkan peruntukan berjumlah RM23 juta itu bakal memberi manfaat kepada sejumlah 92,013 veteran dan balu veteran ATM yang tidak berpencen.
Kerjasama maritim perlu patuhi undang-undang antarabangsa seperti UNCLOS - Ikmal Hisham
Laut China Selatan telah menjadi arena persaingan geopolitik antara kuasa besar yang menyaksikan peningkatan ketenteraan di kawasan perairan yang dipertikai.
Mindef kenal pasti 800 veteran ATM, anggota terjejas banjir
Kesemua veteran dan anggota berkenaan diberikan sumbangan wang tunai RM500 dan periuk nasi bagi meringankan beban mereka.
TUDM dalam proses peroleh pesawat tempur dari Kuwait
TUDM telah merangka program peningkatan keupayaan pesawat tempur F/A-18D (Hornet) dan kini dalam proses mendapatkan sejumlah pesawat tempur dari Kuwait.
Kerajaan ambil serius dakwaan rancangan serangan tentera Sulu di Sabah
Kerajaan mengambil serius laporan yang mendakwa ada rancangan rahsia penubuhan "Tentera Diraja Sulu" di selatan Filipina dipercayai sebagai persediaan menyerang Sabah.
MyVeteranMall buka peluang keusahawanan digital kepada veteran ATM
MyVeteranMall membantu usahawan veteran ATM mempromosi produk serta melakukan penjualan dan pembelian menerusi pelancaran pusat beli-belah secara maya.
Parlimen: Amerika Syarikat taja radar pertahanan udara jarak jauh di Labuan
Keupayaan pertahanan udara negara melalui Pangkalan Udara TUDM di Labuan akan dipertingkat dengan rancangan penggantian radar pertahanan udara jarak jauh yang akan ditaja kerajaan Amerika Syarikat.