KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil serius sebuah laporan media antarabangsa yang mendakwa ada rancangan rahsia penubuhan "Tentera Diraja Sulu" dengan kekuatan 600 orang di selatan Filipina dipercayai sebagai persediaan menyerang Sabah, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
"Saya pun ada terbaca tadi, apa pun perkara ini tidak dapat disahihkan berita itu, jadi saya tak dapat beri ulasan apa yang dibangkitkan.
"...tapi saya percaya di pihak kerajaan tentulah apa sahaja berita maklumat akan dipandang secara serius, tidak mahu tragedi Lahad Datu, Sabah berlaku lagi," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Perkara itu dibangkitkan M Karupaiya (PH-Padang Serai) semasa sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan memandangkan ia berkaitan dengan isu keselamatan negara.
BACA: Polis sangkal laporan plot terbaharu tawan Sabah dari selatan Filipina
Terdahulu, media berkenaan melaporkan satu mesyuarat diadakan pada 1 Dis lepas yang diatur oleh seorang pegawai kanan kerajaan tempatan Wilayah Sulu yang dihadiri 19 Datuk Bandar di sana bagi membincangkan penubuhan "Tentera Diraja Sulu" untuk menawan Sabah dengan 11 daripada Datuk Bandar yang hadir bersetuju dengan rancangan itu.
Serangan ke atas Sabah dikatakan akan berlaku pada Februari tahun depan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata kerajaan sentiasa bersiap sedia dalam meningkatkan kesiapsiagaan tiga pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Menurutnya setakat ini 304 aset pertahanan sentiasa di atur gerak mengikut kawasan dan tanggungjawab pasukan keselamatan yang terlibat.
"Kerajaan melalui Esszone sentiasa komited untuk meningkatkan kesiapsiagaan aset penguatkuasaan bagi memastikan keberkesanan pengawasan kawalan serta mewujudkan elemen mencegah rintang yang efektif," katanya
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat.
Rang undang-undang yang memperuntukkan sejumlah RM13,513,284,200 bagi KDN dalam Bajet 2022 itu diluluskan selepas dibahas 21 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang serta Bebas.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
![Kerajaan ambil serius dakwaan rancangan serangan tentera Sulu di Sabah Kerajaan ambil serius dakwaan rancangan serangan tentera Sulu di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639040715_IkmalHisham.jpg)
Menurut Ikmal, beliau percaya di pihak kerajaan apa sahaja berita maklumat akan dipandang secara serius dan tidak mahu tragedi Lahad Datu, Sabah berlaku lagi.- JAPEN Malaysia
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Kerajaan ambil serius dakwaan rancangan serangan tentera Sulu di Sabah Kerajaan ambil serius dakwaan rancangan serangan tentera Sulu di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639040715_IkmalHisham.jpg)
Kerajaan ambil serius dakwaan rancangan serangan tentera Sulu di Sabah
Kerajaan mengambil serius laporan yang mendakwa ada rancangan rahsia penubuhan "Tentera Diraja Sulu" di selatan Filipina dipercayai sebagai persediaan menyerang Sabah.