KUALA LUMPUR: Kerjasama maritim yang mematuhi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982) perlu digalakkan dalam kalangan rakan kongsi di rantau Indo-Pasifik seperti yang ditegaskan menerusi ASEAN Outlook on the Indo-Pacific.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Laut China Selatan telah menjadi arena persaingan geopolitik antara kuasa besar yang menyaksikan peningkatan ketenteraan di kawasan perairan yang dipertikai.
Beliau berkata sebagai rantau yang menjadi tuan rumah di laluan perkapalan yang kritikal bagi perdagangan maritim global dan bekan tenaga, Indo-Pasifik hendaklah dikekalkan sebagai sebuah rantau bagi kerjasama, kesalinghubungan dan pembinaan komuniti dengan mematuhi undang-undang antarabangsa seperti UNCLOS 1982.
"Cabaran utama rantau ini ialah persaingan antara Amerika Syarikat dan China yang lebih sengit berbanding sebelum ini sehingga negara-negara ASEAN perlu melakar masa depan mereka serta secara aktif merintis jalan yang memanfaatkan semua pihak, justeru rantau ini perlu mengekalkan prinsip berkecuali dan berpusat.
"Sebagai jambatan yang strategik antara kedua-dua kuasa besar, Asia Tenggara memainkan peranan penting dalam memudah cara kerjasama pelbagai hala dengan semua kuasa besar termasuk Kesatuan Eropah (EU) di rantau ini," katanya dalam ucaptama di seminar Multilateral and Inclusive Indo-Pacific Region: European Strategy and Opportunities for Malaysia and Southeast Asia di sini pada Selasa.
Ikmal Hisham berkata EU, yang memiliki rekod kehadiran sejak sekian lama di rantau ini, berharap untuk mendukung dan memperkasa konsep multilateralisme serta keterangkuman di Indo-Pasifik menerusi Mesyuarat Asia-Eropah.
Beliau berkata Asia Tenggara telah menjadi rantau yang pesat berkembang sebagai pusat pertumbuhan dan kemakmuran serta telah menarik minat negara luar, justeru negara seperti Malaysia boleh memanfaatkan kepakaran rakan kongsi Indo-Pasifik mereka untuk menangani ancaman keselamatan bukan tradisional dan geopolitik kuasa besar yang berlaku di rantau ini.
"Kita harus memupuk dan mempromosi kerjasama antara rantau dan antarabangsa seperti ini kerana Malaysia menaruh keyakinan terhadap usaha menggalakkan hubungan antara negara serta memastikan sekuriti dan keselamatan di kawasan perairan kita," katanya.
Seminar dua hari anjuran Institut Maritim Malaysia (MIMA) bersama Kedutaan Jerman di Malaysia, Delegasi EU ke Malaysia dan badan pemikir konrad-Adenauer-Stiftung (KAS) itu bertujuan mendapatkan pandangan serta idea daripada penceramah ASEAN dan EU berhubung peluang EU serta negara-negara untuk menjalin kerjasama mengenai tadbir urus lautan, keselamatan dan kesalinghubungan maritim serta perlindungan alam sekitar marin.
Seminar itu turut memupuk pemahaman lebih baik terhadap strategi EU dan Indo-Pasifik di rantau ini serta keterangkuman yang boleh ditawarkan dalam menangani cabaran bersamaselain membincangkan cara-cara kerjasama dalam bidang keselamatan dan pertahanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Ikmal Hisham (kanan) berkata EU, berharap untuk mendukung dan memperkasa konsep multilateralisme serta keterangkuman di Indo-Pasifik. - Bernama
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dituduh hisap vape: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar PM
Satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang ini.
Permohonan 19 bekas tentera tidak diiktiraf sebagai Veteran ATM sedang diteliti
Kementerian Pertahanan sedang meneliti 19 permohonan bekas tentera yang diberhentikan kerana salah laku.
Pesawat tanpa pemandu MALE UAS dijangka diperoleh 2025, operasi awal 2026
Kementerian Pertahanan telah melengkapkan semua proses penilaian tender bagi perolehan MALE UAS untuk kegunaan TUDM.
Veteran ATM tidak berpencen, balu turut terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Bantuan membabitkan peruntukan berjumlah RM23 juta itu bakal memberi manfaat kepada sejumlah 92,013 veteran dan balu veteran ATM yang tidak berpencen.
Kerjasama maritim perlu patuhi undang-undang antarabangsa seperti UNCLOS - Ikmal Hisham
Laut China Selatan telah menjadi arena persaingan geopolitik antara kuasa besar yang menyaksikan peningkatan ketenteraan di kawasan perairan yang dipertikai.
Mindef kenal pasti 800 veteran ATM, anggota terjejas banjir
Kesemua veteran dan anggota berkenaan diberikan sumbangan wang tunai RM500 dan periuk nasi bagi meringankan beban mereka.
TUDM dalam proses peroleh pesawat tempur dari Kuwait
TUDM telah merangka program peningkatan keupayaan pesawat tempur F/A-18D (Hornet) dan kini dalam proses mendapatkan sejumlah pesawat tempur dari Kuwait.
Kerajaan ambil serius dakwaan rancangan serangan tentera Sulu di Sabah
Kerajaan mengambil serius laporan yang mendakwa ada rancangan rahsia penubuhan "Tentera Diraja Sulu" di selatan Filipina dipercayai sebagai persediaan menyerang Sabah.
MyVeteranMall buka peluang keusahawanan digital kepada veteran ATM
MyVeteranMall membantu usahawan veteran ATM mempromosi produk serta melakukan penjualan dan pembelian menerusi pelancaran pusat beli-belah secara maya.
Parlimen: Amerika Syarikat taja radar pertahanan udara jarak jauh di Labuan
Keupayaan pertahanan udara negara melalui Pangkalan Udara TUDM di Labuan akan dipertingkat dengan rancangan penggantian radar pertahanan udara jarak jauh yang akan ditaja kerajaan Amerika Syarikat.