KUCHING: Kementerian Pertahanan sedang meneliti 19 permohonan bekas tentera yang diberhentikan kerana salah laku serta tidak diiktiraf sebagai sebagai Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Beliau berkata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, akan mengumumkan keputusan permohonan berkenaan dalam masa terdekat.
"Kes pemberhentian yang dimaksudkan ini melibatkan bekas tentera yang diberhentikan dalam tempoh 10 ke 15 tahun lepas, (dan) tidak berkhidmat semasa zaman kemerdekaan," katanya kepada media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM Peringkat Negeri Sarawak di sini pada Ahad.
Jun lepas, Hishammuddin menerusi hantaran di Twitternya memaklumkan sebuah Jawatankuasa Panel Penasihat Pengiktirafan Veteran ATM telah ditubuhkan bagi mempertimbangkan isu berkenaan.
Permohonan tersebut merupakan antara tuntutan veteran ATM sendiri, memandangkan tentera yang diberhentikan tidak dapat menikmati manfaat serta kemudahan yang disediakan, sekiranya tidak diiktiraf sebagai seorang veteran.
Terdahulu, Ikmal Hisham menganugerahkan PJM kepada 713 Veteran ATM bertempat di sebuah hotel di sini.
Penganugerahan PJM yang dilaksanakan mulai 3 Mac 2004, merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan, dalam menyumbang kepada kebebasan Malaysia daripada ancaman pengganas komunis.
Ikmal Hisham berkata sehingga hari ini, terdapat 31,221 warga Veteran ATM telah menerima PJM, dan dalam majlis itu menyeru kerjasama syarikat korporat di Sarawak untuk melaksanakan pengambilan pekerja dalam kalangan veteran ATM yang masih produktif, dengan menawarkan skim gaji yang lebih baik.
"Terdapat beberapa contoh yang telah dilaksanakan di Sarawak iaitu terdapat seramai 80 orang veteran yang telah diambil bekerja sebagai Immune Belt Enforcement Team (IBET) dan 40 orang veteran diambil bekerja sebagai pasukan Pengawal Pantai Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
Sebuah Jawatankuasa Panel Penasihat Pengiktirafan Veteran ATM telah ditubuhkan bagi mempertimbangkan isu berkenaan. - Gambar hiasan
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
Aktiviti keganasan: Akta baharu mungkin perlu untuk keselamatan negara - PM Anwar
Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pasukan pertahanan seperti PDRM dan ATM, serta agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan, untuk menilai keperluan itu.
Mempertahankan kedaulatan negara, tanggungjawab bersama rakyat berbilang kaum - Sultan Nazrin
Tanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman musuh perlu dipikul secara bersama, titah Sultan Nazrin.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.
Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis
Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan.
Agong berkenan tunai solat Jumaat, dengar khutbah khas sempena hari ATM ke-91
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pukul 1 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Bekas tentera dapat kebenaran merayu terhadap penahanan salah
Seorang bekas tentera mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah pembayaran ganti rugi RM300,000 kepadanya.
Pihak terlibat urusan pembelian peralatan, kemudahan tentera ditukar setiap tiga tahun - Khaled
Beliau berkata ia sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menasihati kerajaan untuk meningkatkan tahap integriti perolehan aset ketenteraan.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024 Negeri Perak
Majlis dimulakan dengan dendangan lagu kebesaran negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh Sultan Nazrin.
Malaysia, Kuwait bincang perolehan pesawat F/A-18 Hornet
Malaysia sedang berbincang dengan Kuwait bagi memperoleh pesawat F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.