Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan pesawat Hercules C-130 bagi membantu urusan membawa pulang mangsa yang cedera dan terkorban dalam nahas bas di Chiang Mai, Thailand.
Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pesawat itu dijangka berlepas ke sana dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pukul 5 petang ini.
"Pihak Thailand juga akan menghulurkan bantuan bilateral dengan menghantar pesawat sama dari Angkatan Tentera Diraja Thailand. Penerbangan Hercules C-130 ke sana dijangka mengambil masa tiga jam," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutupan kursus dan penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri ke-35 kepada 40 peserta di sini, hari ini.
Sementara itu, di BATU PAHAT, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata jenazah 13 mangsa nahas itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor petang esok.
Beliau berkata pesawat Hercules C-130 itu dijangka turut membawa pulang keluarga mangsa dan mereka yang cedera dalam kemalangan terbabit.
"Saya baru sahaja menerima perkembangan terkini daripada Wisma Putra bahawa mesyuarat penyelarasan mengenai nahas itu baru selesai.
"Berdasarkan maklumat, kesemua jenazah hanya akan dihantar balik ke Malaysia esok petang disebabkan urusan pengesahan Asid Deoksiribonukleik (DNA) belum selesai," katanya kepada pemberita selepas melawat tiga keluarga mangsa nahas itu di Batu Pahat hari ini.
Beliau berkata setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, perjalanan kesemua jenazah ke kampung halaman masing-masing di Batu Pahat akan diuruskan oleh ambulans yang disediakan Kementerian Kesihatan.
Tee berkata kerajaan negeri Johor sekali lagi merakamkan takziah kepada kesemua keluarga mangsa nahas itu dan akan melakukan yang terbaik dalam menyelaras pengurusan jenazah dan mangsa yang terselamat.
Ahad lepas, seramai 13 daripada 22 warganegara Malaysia disahkan terkorban dalam nahas bas yang berlaku pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).
Menurut laporan berita antarabangsa, bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.
Bernama
Tue Dec 22 2015
Pesawat Hercules C-130 akan dihantar bagi membantu urusan membawa pulang mangsa yang cedera dan terkorban dalam nahas bas di Chiang Mai. - Gambar fail
Titah Adendum: Menteri-menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
ASEAN-Malaysia 2025 [6/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
[TERKINI] Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Ikuti secara langsung sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
Titah Adendum: UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas, adil
UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.