KUALA TERENGGANU: Seorang pesara maut selepas terhimpit jentera penurap jalan dalam kejadian di hadapan Masjid Kubang Ikan Chendering, di sini, pada Selasa.
Dalam insiden kira-kira jam 10.45 pagi itu, Wan Endok Wan Salleh, 59, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, siasatan awal mendapati terdapat tiga jentera penurap jalan diparkir di kawasan itu.
"Mangsa yang datang dari rumahnya berdekatan kawasan itu, kemudian datang ke kawasan berkenaan. Dia berada di antara jentera kedua dan ketiga untuk bersembang dengan seorang pekerja.
"Tiba-tiba pemandu jentera pertama telah menghidupkan jenteranya untuk memulakan kerja dan mengundurkan jentera lalu terlanggar jentera kedua yang berada di belakang.
"Akibat hentakan daripada jentera pertama menyebabkan jentera kedua telah tertolak ke belakang dan melanggar jentera ketiga. Mangsa yang berada di antara jentera kedua dan ketiga telah terhimpit dan mengalami kecederaan di bahagian dada," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Nur Fazlizai Ali
Tue Jun 14 2022

Dalam insiden kira-kira jam 10.45 pagi itu, Wan Endok Wan Salleh, 59, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ Ihsan pembaca

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

ATV terbabas: Dua pesara maut sebab lemas, serangan jantung
Dua pesara kerajaan yang maut selepas kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) terbabas ke dalam parit di Pontian masing-masing akibat lemas dan serangan jantung.

Pesara tembak isteri: Jiran terkejut terdengar bunyi tembakan dua kali
Seorang lelaki menembak isterinya sebelum menembak dirinya sendiri dalam satu kejadian di belakang rumah pasangan itu di Kampung Labu.

Pesara maut, motosikal terbabas dalam perjalanan pulang ke rumah
Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa terbabas ke kiri jalan dan mengalami perlanggaran.

Pesara maut terhimpit di antara dua jentera penurap jalan
Dalam insiden kira-kira jam 10.45 pagi itu, Wan Endok Wan Salleh, 59, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.