JERANTUT: Kejadian seorang lelaki yang menembak isterinya sebelum menembak dirinya sendiri sehingga maut di Kampung Labu, di sini kira-kira jam 8.30 pagi Jumaat benar-benar mengejutkan penduduk kampung itu.
Menurut seorang jiran mangsa, Che Ahmad Yassin Abd Rahman, dia terdengar bunyi tembakan datang dari arah rumah pasangan itu sebelum pergi ke rumah itu.
Dia terkejut melihat jiran lelakinya itu telah meninggal dunia di tempat kejadian sambil terduduk dengan kesan kecederaan di bahagian leher sebelah kiri bersama dengan selaras senapang patah.
“Bunyi tembakan pertama selang dalam dua tiga minit. Yang kedua pula kemudian saya terdengar orang minta tolong. Jadi saya datang ikut belakang tengok bersama seorang kawan dan tengok perkara tu sudah berlaku tetapi punca saya tidak tahu. Saya pergi kepada perempuan yang minta tolong dan saya lihat dia sudah terbaring," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
BACA: Pesara tembak isteri sebelum tembak diri sendiri
Seorang lagi jiran mangsa Roshanizam Mohd Normala, yang tinggal berdekatan rumah pasangan itu juga terdengar dua bunyi tembakan selain suara orang menjerit meminta tolong di sebuah rumah bersebelahan sebuah rumah homestay.
Kata Roshanizam lagi, dia mendapati seorang wanita telah terbaring di bahagian belakang dapur dalam keadaan masih sedar dan meminta tolong.
Mangsa juga dalam keadaan kesakitan dan berdarah di bahagian pinggang.
Roshanizam kemudiannya membantu membawa wanita tersebut terus ke Hospital Jerantut Pahang untuk mendapatkan rawatan segera.
“Saya tak ada tengok ada sebarang kekecohan. Saya menggunakan kereta tuan rumah, mangsa, dalam 7.50 dekat pukul 8 pagi cuaca agak agak gelap saya bawa dia ke hospital Jerantut," katanya.
Sementara itu ketua kampung Hamdan Ismail berkata dia mendapat khabar dari penyewa sebuah homestay mengenai kejadian tembakan sebelum bergegas ke rumah mangsa.
"Arwah ini mulanya saya tidak percaya dia telah meninggal tetapi selepas bercakap dengan penyewa homestay bertanya pasal kejadian ini, dia pun ceritalah pasal kejadian tersebut dan saya terus pergi ke rumah mangsa, bila sampai beri salam saya sebanyak tiga kali dan terus masuk dan dapati dia telah meninggal," katanya.
Hasil siasatan polis mendapati, wanita itu meninggal dunia kerana mengalami kecederaan di bahagian belakang rusuk sebelah kiri.
Manakala punca pergaduhan berlaku dipercayai kerana isteri si mati tidak memberi agihan wang hasil jualan tanah dan menyebabkan tidak berpuas hati.
Lelaki tersebut mempunyai lesen senjata api dan kes disiasat di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan.
Amir Hamzah Nordin
Fri Sep 16 2022
Hasil siasatan polis mendapati, wanita itu meninggal dunia kerana mengalami kecederaan di bahagian belakang rusuk sebelah kiri.- Foto Astro AWANI
Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.
Remaja ditahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut
Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu suspek telah hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan.
PM Sepanyol cadang cukai 100 peratus ke atas hartanah dibeli oleh bukan warga EU
Langkah yang dianggap "belum pernah berlaku" itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di Sepanyol.
Media tonggak utama perkasa visi Kepengerusian ASEAN 2025
Media memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, kata Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.
Pemadam cadang bina rumah transit bagi bekas penagih wanita
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) berhasrat untuk membina rumah transit bagi bekas penagih dadah wanita dalam usaha memberi perlindungan dan pengetahuan kepada golongan tersebut.
Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly
Platform itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia.
Kepengerusian ASEAN akan beri manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi
Kepengerusian ASEAN 2025 bukan sahaja tertumpu kepada mesyuarat di peringkat atasan, tetapi juga melibatkan aktiviti dan program di peringkat akar umbi di seluruh negara.
Malaysia perlu wujud sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta, teknologi - Liew
Malaysia perlu mula mempertimbangkan kewujudan sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta dan teknologi, yang akan membolehkan lebih banyak perolehan teknologi dalam sistem kerajaan.
Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi
Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya perlu diperkukuhkan melalui pendidikan dan kempen secara berterusan.
Cegah risiko kecederaan otak traumatik akibat kemalangan
Hampir 80 peratus kes trauma berpunca daripada kemalangan jalan raya dengan 64 peratus kejadian melibatkan kecederaan otak traumatik (KOT).
Pesara tembak isteri: Jiran terkejut terdengar bunyi tembakan dua kali
Seorang lelaki menembak isterinya sebelum menembak dirinya sendiri dalam satu kejadian di belakang rumah pasangan itu di Kampung Labu.