Ketaatan kepada pemimpin, raja dan negara adalah perkara paling asas untuk menjaga kedaulatan dan maruah Malaysia di mata dunia namun malangnya, ia dilihat semakin pudar dalam kalangan anak-anak muda.
Mengakui terkilan dengan keadaan ini, pesara tentera laut, Mohd Sarif Kalam, 82, berkata golongan muda kini terlalu selesa dengan kehidupan mereka hingga lupa untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan.
"Apabila ketiga-tiga sifat ini hilang dalam diri, kita akan mula membuat kerja yang bukan-bukan termasuk bergaduh sesama sendiri, mengkritik raja, pemimpin dan lain-lain, walhal sebenarnya mereka berpendidikan.
"Mengapa ini berlaku? Kerana mereka hidup terlampau mewah, selesa dan tidak dididik mengikut acuan yang sebetulnya hingga lupa untuk memberi tanda penghormatan kepada negara dan orang-orang yang telah menyumbangkan kepada kehidupan sekarang," katanya.
Mohd Sarif merupakan antara tiga pegawai tentera laut yang ditugaskan menaikkan bendera Malaya (kini dikenali Jalur Gemilang) ketika Hari Kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957, berkata demikian ketika dihubungi baru-baru ini.
Mohd Sarif berkata bagi mengelakkan anak-anak muda terus hilang ketiga-tiga sifat ini maka adalah wajar untuk mereka diajar memahami diri sebaiknya berlandaskan kepada tuntutan agama dan keadaan sekeliling.
Katanya, tanpa mengenali diri sedalam-dalamnya, anak-anak muda akan kurang berupaya membezakan antara perbuatan yang salah dan betul dalam kehidupan harian masing-masing hingga mudah terpedaya.
"Ilmu agama adalah yang paling mustahak. Ilmu lain boleh dicari kemudian. Kita tidak akan buat perkara-perkara yang tidak senonoh jika kita berpegang pada agama.
"Sambil itu, terapkanlah semangat patriotisme agar mereka beringat untuk taat pada golongan yang sepatutnya dan tidak menimbulkan kekecohan yang mampu menggugat keamanan negara," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2017
Mohd Sarif Kalam, 82, berkata golongan muda kini terlalu selesa dengan kehidupan mereka hingga lupa untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah tetap pertahan kedaulatan dalam Malaysia - Hajiji
Walau pernah diuji dengan pelbagai ancaman dan situasi namun semua itu tidak melemahkan semangat serta iltizam rakyat untuk terus mempertahan Negeri Di Bawah Bayu.
Aset ketenteraan baharu bantu negara bersedia pertahan kedaulatan, hadapi isu Laut China Selatan
Mohamed Khaled berkata, TLDM dijangka menerima kapal pertama LMS dari Turkiye pada Oktober 2027, manakala penghantaran pertama bagi LCS pada 2026.
Negara anggota GCC ulangi sokongan kedaulatan Magribi ke atas Sahara
GCC turut menyokong inisiatif autonomi yang merupakan penyelesaian kepada konflik Sahara dalam kerangka kedaulatan kerajaan dan integriti negara dan wilayah.
[KOLUMNIS] Kepulauan Cocos (Keeling) dan Pulau Krismas: Kedaulatan yang tidak kesampaian
Sekiranya wilayah-wilayah ini menjadi milik Malaysia, bayangkan betapa luasnya wilayah maritim yang boleh dituntut oleh negara.
Najib dipenjara: Keputusan bukti UMNO junjung kedaulatan undang-undang - Pemuda UMNO bahagian
Meskipun perdana menteri sedia ada datangnya daripada UMNO, tetapi tidak ada usaha-usaha untuk menggugurkan kes yang sedang berjalan.
Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja adalah prerogatif Agong - Pengarah Itkas
Tindakan mana-mana pihak yang mempertikai prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil perbincangan khas menunjukkan pengabaian kepada prinsip kedaulatan negara dalam pentafsiran Perlembagaan.
Israel, Maghribi setuju pulihkan hubungan -Trump
Maghribi menjadi negara keempat yang memulihkan hubungan dengan Tel Aviv selepas Sudan pada Oktober lalu.
Gerakan demokrasi Thailand gesa Jerman siasat Raja Vajiralongkorn
Mereka mendakwa, tindakan oleh Raja itu boleh menjadi kesalahan kerana melanggar hak kedaulatan Jerman.
Kekalkan kemerdekaan negara yang dinikmati sejak 63 tahun lalu - PM
Rakyat Malaysia diseru supaya mengekalkan kemerdekaan negara yang telah dinikmati sejak 63 tahun lalu.
Kedah jangka terima lebih banyak pelaburan dari China - Mukhriz
Katanya selepas mengunjungi negara tersebut dua kali baru-baru ini, beliau mendapati nama Malaysia dan Kedah mempunyai reputasi yang baik dan sering disebut-sebut oleh pemimpin China selain rakyatnya.