Kedah yang sedang mengecapi hubungan erat terutama dalam bidang ekonomi dengan China dijangka akan menerima lebih banyak pelaburan dari negara tersebut pada masa akan datang, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Katanya selepas mengunjungi negara tersebut dua kali baru-baru ini, beliau mendapati nama Malaysia dan Kedah mempunyai reputasi yang baik dan sering disebut-sebut oleh pemimpin China selain rakyatnya.
"Bukan setakat itu saja, sekarang di China nama Kedah juga sudah menjadi nama yang terkenal dan di sebut-sebut oleh pemimpin di China.
"Saya akui salah satu sebabnya ialah kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pun anak Kedah dan dia pun telah mengeluarkan beberapa kenyataan dalam mempertahankan kedaulatan negara China walaupun menerima tekanan daripada kuasa-kuasa asing," katanya ketika berucap merasmikan Kampung Warisan Kebudayaan, Pesta Kebudayaan Cina Malaysia Ke-36, di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata kemasukan pelabur China juga memberi keuntungan kepada Kedah apabila lebih banyak peluang pekerjaan dari pelbagai bidang wujud sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
"Saya melihat kemajuan negeri ini di masa akan datang berkait rapat hubungan ekonomi dan politik yang dipupuk bersama dengan China," katanya.
Pesta Kebudayaan Cina yang berlangsung bermula semalam hingga esok diadakan di tiga lokasi berasingan di sekitar bandaraya Alor Setar iaitu di Pertubuhan Kebajikan San Sheng, Dewan Perhimpunan Cina Kedah dan Stadium Sultan Abdul Halim.
Seramai 3,000 peserta kebudayaan termasuk dari China dan Taiwan hadir membuat pertunjukkan dan persembahan kebudayaan Cina yang dijangka menerima kehadiran lebih 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Terdapat lebih 80 gerai jualan termasuk gerai makanan halal, barangan kraf dan ruangan fotografi di disediakan pihak penganjur bagi memeriahkan lagi pesta itu yang kali terakhir Kedah menjadi tuan rumah pada 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 07 2019
![Kedah jangka terima lebih banyak pelaburan dari China - Mukhriz Kedah jangka terima lebih banyak pelaburan dari China - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51567822851_TBMukhrizMahathir.jpg)
Mukhriz (tiga, kiri) menyalakan obor simbolik pada Majlis Perasmian Kampung Warisan Kebudayaan, Pesta Kebudayaan Cina Malaysia Kali Ke-36 di Pertubuahn Kebajikan San Sheng Alor Setar malam tadi. --fotoBERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738479686_TBGAFAR.jpg)
Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.
![Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737546005_DuarentungTongkan.jpg)
Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.
![Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737544529_TBKEBAKARANALORSETAR.jpg)
Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.
![JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737262298_IQBALRAYYANBINAB.jpg)
JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.
![Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691641155_tnb.jpg)
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
![Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/71513489271_tnb.jpg)
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
![Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726815936_tbhilang.jpg)
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
![Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726738568_TBBANJIRKEDAH.jpg)
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
![Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724142284_imamMasjid.jpg)
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
![Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724086055_mayatdalamlongk.jpg)
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.