Kerajaan sedang meneliti untuk menjenamakan semula Biro Tatanegara (BTN) supaya peranan dan fungsi agensi berkenaan tidak lagi tersasar daripada objektif utama penubuhannya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Md Farid Md Rafik berkata BTN tidak lagi akan menjadi ejen yang boleh digunakan pihak tertentu untuk 'menonjolkan motif mereka yang tersendiri'.
"Seiring perubahan sosiopolitik dan dengan semangat Malaysia baharu, BTN sedang dalam proses penjenamaan semula dan perbincangan berhubung penjenamaan semula BTN masih berlangsung.
"Kajian semula untuk membangunkan modulnya akan memberi penekanan kepada pembudayaan nilai murni dalam kehidupan dan kembali kepada objektif asal penubuhannya," kata beliau ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Beliau berkata pengisian program yang akan dibawa lebih bermatlamatkan fokus memupuk jati diri dari aspek bangsa, budaya dan nilai dalam memastikan kedaulatan negara bangsa.
Katanya, terdapat empat objektif BTN iaitu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai aspek kenegaraan, dasar-dasar kerajaan, isu-isu semasa serta menerapkan nilai-nilai murni.
Dalam perkembangan lain, Md Farid berkata pemimpin seharusnya lebih bertanggungjawab dan menjaga tatasusila dan mengelak daripada menyentuh unsur-unsur yang boleh membawa kepada ketidakharmonian antara kaum di negara ini.
"Pemimpin dan wakil-wakil rakyat perlu menjaga tatasusila, tidak perlulah hari-hari nak kena tekankan, patut faham sendiri bahawa perpaduan itu aset utama yang harus dibela dan dihargai.
"Elakkan daripada menjadi punca tercetusnya insiden-insiden tidak elok, pemimpin harus jadi contoh utama dalam hal ini," katanya.
Sementara itu, Dewan Rakyat meluluskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan persidangan Parlimen pada 17 Julai lalu.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon meluluskan usul itu selepas menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung pada Selasa. -- Bernama
Bernama
Mon Aug 06 2018
![Penjenamaan semula BTN diteliti Penjenamaan semula BTN diteliti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41527740712_BANKIMOON.jpg)
Pengisian program yang akan dibawa BTN akan lebih bermatlamatkan fokus memupuk jati diri dari aspek bangsa, budaya dan nilai dalam memastikan kedaulatan negara bangsa. - Gambar hiasan
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678449194_TBpdrm.jpg)
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
![Pelantikan perkhidmatan awam berdasarkan merit, bukan sebab kaum - Cuepacs Pelantikan perkhidmatan awam berdasarkan merit, bukan sebab kaum - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670490821_PresidenKongresKes.jpg)
Pelantikan perkhidmatan awam berdasarkan merit, bukan sebab kaum - Cuepacs
Perkhidmatan awam selama ini tidak pernah menetapkan bangsa sebagai faktor penentu dalam mengambil atau menaikkan pangkat penjawat awam.
![Pada usia 95 tahun, saya tidak akan pernah berhenti perjuangkan nasib Melayu - Tun Mahathir Pada usia 95 tahun, saya tidak akan pernah berhenti perjuangkan nasib Melayu - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/61570502309_TunDrMahathir.jpg)
Pada usia 95 tahun, saya tidak akan pernah berhenti perjuangkan nasib Melayu - Tun Mahathir
Sejak dari dulu beliau melihat sendiri nasib orang Melayu dan baginya, kuasa orang Melayu semakin merosot kerana mereka berpecah.
![Program pembasmian kemiskinan ambil kira pelbagai faktor - Muhyiddin Program pembasmian kemiskinan ambil kira pelbagai faktor - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598591973_MuhyiddinYassin.jpg)
Program pembasmian kemiskinan ambil kira pelbagai faktor - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi memastikan kekayaan dapat diagih dan dinikmati secara bersama.
![Ummah Rabbani Negara Harmoni, tema Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Ummah Rabbani Negara Harmoni, tema Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71589513603_MasjidNegara.jpg)
Ummah Rabbani Negara Harmoni, tema Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan
Tema itu bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW.
![Dalam bantuan kemanusiaan, kita harus 'buta' agama dan bangsa - Zulkifli Dalam bantuan kemanusiaan, kita harus 'buta' agama dan bangsa - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589188528_Sedekah.jpg)
Dalam bantuan kemanusiaan, kita harus 'buta' agama dan bangsa - Zulkifli
Itu yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam usaha membantu antara satu sama lain ketika tempoh sukar ini.
![Hina kaum, agama, Raja: 21,296 laporan dalam 6 minggu Hina kaum, agama, Raja: 21,296 laporan dalam 6 minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41542276278_BaruBian.jpg)
Hina kaum, agama, Raja: 21,296 laporan dalam 6 minggu
SKMM terima 21,296 laporan berhubung kandungan berunsur perkauman, keagamaan dan menghina institusi Diraja dalam tempoh enam minggu pertama
![Kerajaan perlu tegas martabatkan bahasa Melayu - U-Wei Kerajaan perlu tegas martabatkan bahasa Melayu - U-Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81573125010_ArtisPelukis.jpg)
Kerajaan perlu tegas martabatkan bahasa Melayu - U-Wei
U-Wei berkata negara-negara jiran berjaya menyatukan rakyat mereka dengan penggunaan satu bahasa iaitu bahasa ibunda mereka.
![Papua dan Indonesia, bersama atau berpisah? Papua dan Indonesia, bersama atau berpisah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71567140183_TBPAPUA.jpg)
Papua dan Indonesia, bersama atau berpisah?
Maka dengan kelahiran sistem negara bangsa di dalam politik antarabangsa menjadikan secara idealistiknya setiap negara didiami oleh satu bangsa yang sama.
![Diskriminasi terhadap pencari kerja: Apa anda perlu tahu? Diskriminasi terhadap pencari kerja: Apa anda perlu tahu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81556701927_pekerja.jpg)
Diskriminasi terhadap pencari kerja: Apa anda perlu tahu?
Apakah sebenarnya maksud diskriminasi terhadap pencari kerja dan bagaimana ia memberikan kesan kepada ekonomi negara?