IPOH: Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas tuduhan memperdaya seorang ahli perniagaan, 12 tahun lalu.
Tertuduh Ahmad Zainuddin Bontak, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.
Mengikut pertuduhan, dia yang ketika itu bertugas sebagai pembantu awam JKR Ipoh didakwa memperdaya ahli perniagaan, dengan mendorongnya menyerahkan wang RM30,000 bagi membantu permohonan permit kerja bahan batuan pasir di Negeri Perak, sedangkan tiada permohonan dilakukannya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran makanan segera di Jalan Tambun, kira-kira jam 11 pagi, 19 Oktober 2012.
Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 415 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM30,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 24 2024
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu. - Astro AWANI
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
Pesara JKR mengaku perdaya ahli perniagaan RM30,000
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran makanan segera di Jalan Tambun, kira-kira jam 11 pagi, 19 Oktober 2012.