SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan hari ini bahawa pesakit kanser di negeri itu boleh mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan sehingga RM5,000 menerusi program Bantuan Sihat Selangor (BSS).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pembiayaan itu juga termasuk pembedahan dengan had jumlah pembiayaan RM5,000 bagi setiap kali permohonan.
"Inisiatif adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan rawatan perubatan yang cepat dan berkualiti. Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan melayari laman sesawang http://bantuansihat.selangor.gov.my," katanya ketika menjawab pertanyaan Leong Tuck Chee (PH-Pandamaran) berhubung bantuan kewangan bagi pesakit kanser, di Persidangan DUN Selangor hari ini.
Mohd Zawawi menjawab soalan itu sebagai mewakili Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud.
Antara syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan pembiayaan BSS adalah pemohon lahir di negeri ini atau bermastautin melebihi 10 tahun; pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000; perlu mengemukakan salinan surat kelulusan Bantuan Sara Hidup (BSH) dari Kementerian Kewangan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Antara syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan pembiayaan BSS adalah pemohon lahir di negeri ini atau bermastautin melebihi 10 tahun.- BERNAMA

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan
Para pegawai MyCEB agih hamper snek sihat kepada 100 pesakit dan 30 pengamal perubatan di Institut Kanser Negara.

Tiada akses rawatan, pesakit kanser di Gaza rayu bantuan segera
Masalah mendapatkan rawatan dan kekurangan ubat-ubatan terus membelenggu penduduk Palestin terutama di Gaza, semenjak konflik Hamas-Israel tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.

10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan
10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan kanser terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel.

Keberkesanan, rawatan pesakit kanser di IKN lebih baik berbanding 10 tahun lepas
Pengesanan awal kanser paru-paru adalah projek kerjasama antara IKN dan Astra Zeneca menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Graduan hidap kanser tahap 4 terharu Naib Canselor sampaikan skrol di rumah
Mohamad Imhar SN Ibrahim, 39 terpaksa melupakan hasrat untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-18 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra, pada Rabu.

Bilangan pesakit kanser di Terengganu meningkat
Peratusan tertinggi melibatkan pesakit kanser payudara iaitu 23.89 peratus, diikuti kanser kolon (11.8 peratus) dan kanser paru-paru (11.8 peratus).

'Cekal lawan kanser selagi nyawa dikandung badan'
Ibu empat anak, Noor Azizah Maznan, 46, berharap suaminya, Norizam Rusni, 48, akan terus cekal melawan penyakit kanser hidung untuk kembali sihat selagi nyawa dikandung badan.

Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.

IKN lancar Galeri Inspirasi Seni, beri semangat kepada pesakit kanser
Institut Kanser Negara (IKN) melancarkan Galeri Inspirasi Seni IKN bagi meraikan kekuatan dan kemandirian pesakit kanser dalam mengharungi penyakit berkenaan.

Pesakit kanser di Selangor boleh mohon pembiayaan sehingga RM5,000
Pesakit kanser di Selangor boleh mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan sehingga RM5,000 menerusi program Bantuan Sihat Selangor (BSS).