MELAKA: Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan di Malaysia setiap tahun dengan purata usia bagi seorang pesakit lebih 40 tahun, kata Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr M. Murallitharan.
Beliau berkata bagaimanapun, sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.
"Situasi ini amat membimbangkan kerana usia individu yang dikesan menghidap kanser kini lebih muda dan jumlah kanak-kanak yang menghidap kanser juga adalah tinggi.
"Bagi lelaki, terdapat 10 jenis kanser yang sering mereka menghidapi dan kategori tertinggi yang direkodkan ialah kanser usus diikuti paru-paru, prostat, limfoma, nasofarinks, hati, leukemia, perut, kulit dan pundi kencing," katanya kepada pemberita selepas Program Relay For Life (RFL)-Luminaria 2022 di sini malam tadi.
Program anjuran NCSM yang bertujuan memberi sokongan kepada pesakit kanser itu dirasmikan Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh.
Murallitharan berkata bagi wanita pula, kanser tertinggi yang direkodkan ialah payudara diikuti kolorektal atau usus, pangkal rahim, paru-paru, ovari, corpus uteri, limfoma, tiroid, leukemia dan kulit.
Beliau berkata bagaimanapun jumlah pesakit kanser pangkal rahim dilihat menurun dalam beberapa tahun ini dipercayai ekoran pemberian vaksin virus papiloma manusia (HPV) bermula di peringkat sekolah khususnya dalam kalangan remaja perempuan berusia seawal 13 tahun.
Katanya setakat ini jumlah pesakit atau 'cancer survivor' di negara ini yang hidup dengan pelbagai penyakit barah adalah kira-kira 100,000 orang.
Dalam perkembangan lain, katanya NCSM bercadang melaksanakan Program 'Satu Daerah, Satu Saringan' di setiap negeri secara berperingkat pada tahun hadapan dalam usaha menggalak dan memudahkan rakyat di negara ini melakukan saringan kesihatan khususnya mengesan penyakit kanser.
Sementara itu, Dr Muhamad Akmal berkata kerajaan Melaka akan bekerjasama dengan NCSM untuk mewujudkan klinik kanser bergerak yang menyediakan perkhidmatan saringan bagi mengesan kanser secara percuma, bermula akhir bulan ini.
Katanya usaha berkenaan bertujuan mengesan kanser di peringkat awal agar rawatan segera dapat dilakukan sekali gus mengelak sel kanser merebak dan dapat menyelamatkan nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Setakat ini jumlah pesakit atau 'cancer survivor' di negara ini yang hidup dengan pelbagai penyakit barah adalah kira-kira 100,000 orang. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan
Para pegawai MyCEB agih hamper snek sihat kepada 100 pesakit dan 30 pengamal perubatan di Institut Kanser Negara.

Tiada akses rawatan, pesakit kanser di Gaza rayu bantuan segera
Masalah mendapatkan rawatan dan kekurangan ubat-ubatan terus membelenggu penduduk Palestin terutama di Gaza, semenjak konflik Hamas-Israel tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.

10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan
10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan kanser terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel.

Keberkesanan, rawatan pesakit kanser di IKN lebih baik berbanding 10 tahun lepas
Pengesanan awal kanser paru-paru adalah projek kerjasama antara IKN dan Astra Zeneca menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Graduan hidap kanser tahap 4 terharu Naib Canselor sampaikan skrol di rumah
Mohamad Imhar SN Ibrahim, 39 terpaksa melupakan hasrat untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-18 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra, pada Rabu.

Bilangan pesakit kanser di Terengganu meningkat
Peratusan tertinggi melibatkan pesakit kanser payudara iaitu 23.89 peratus, diikuti kanser kolon (11.8 peratus) dan kanser paru-paru (11.8 peratus).

'Cekal lawan kanser selagi nyawa dikandung badan'
Ibu empat anak, Noor Azizah Maznan, 46, berharap suaminya, Norizam Rusni, 48, akan terus cekal melawan penyakit kanser hidung untuk kembali sihat selagi nyawa dikandung badan.

Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.

IKN lancar Galeri Inspirasi Seni, beri semangat kepada pesakit kanser
Institut Kanser Negara (IKN) melancarkan Galeri Inspirasi Seni IKN bagi meraikan kekuatan dan kemandirian pesakit kanser dalam mengharungi penyakit berkenaan.

Pesakit kanser di Selangor boleh mohon pembiayaan sehingga RM5,000
Pesakit kanser di Selangor boleh mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan sehingga RM5,000 menerusi program Bantuan Sihat Selangor (BSS).