MARANG: Bilangan pesakit kanser di Terengganu meningkat kepada 1,223 orang pada tahun lepas berbanding 1,193 orang pada 2021.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Kasemani Embong berkata peratusan tertinggi melibatkan pesakit kanser payudara iaitu 23.89 peratus, diikuti kanser kolon (11.8 peratus) dan kanser paru-paru (11.8 peratus).
Beliau berkata antara punca utama peningkatan itu ialah amalan gaya hidup yang tidak sihat terutama dari segi pemakanan dan kurang aktiviti fizikal.
"Walaupun kita tahu memang ada sebahagian kes kanser ini disebabkan keturunan atau sejarah keluarga, tetapi perlu juga ada perubahan dalam aspek gaya hidup sihat. Corak pemakanan menyihatkan dan melakukan aktiviti fizikal perlu diutamakan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat negeri di sini hari ini.
Menurutnya lebih membimbangkan apabila 60 peratus pesakit kanser yang datang mendapatkan rawatan sudah berada pada tahap lewat iaitu tahap tiga dan empat.
Selain itu, Kasemani berkata kesedaran masyarakat terhadap kepentingan melakukan pemeriksaan atau saringan kesihatan awal bagi mencegah kanser juga masih berada pada tahap yang rendah.
Katanya disebabkan itu peluang pesakit untuk sembuh lebih rendah selain terpaksa menanggung beban kos perubatan yang tinggi.
"Sebagai contoh, hanya 1,220 wanita yang datang menjalani ujian mamogram untuk pengesanan kanser payudara walaupun ia ditawarkan secara percuma di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Jadi kita mohon supaya masyarat lebih cakna dengan kesihatan. Pelbagai modaliti saringan kesihatan kanser ditawarkan di fasiliti kesihatan termasuk untuk pemeriksaan klinikal payudara, saringan pap smear kanser pangkal rahim dan saringan fecal occult blood (iFOBT) untuk kanser kolon," katanya.
Beliau berkata hospital di Terengganu juga mempunyai kepakaran yang tinggi dalam perawatan kanser termasuk menjadi pusat rujukan serantau bagi penyakit kanser darah kanak-kanak (heamato oncology) Zon Timur.-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023

Peratusan tertinggi melibatkan pesakit kanser payudara iaitu 23.89 peratus, diikuti kanser kolon (11.8 peratus) dan kanser paru-paru (11.8 peratus). - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan
Para pegawai MyCEB agih hamper snek sihat kepada 100 pesakit dan 30 pengamal perubatan di Institut Kanser Negara.

Tiada akses rawatan, pesakit kanser di Gaza rayu bantuan segera
Masalah mendapatkan rawatan dan kekurangan ubat-ubatan terus membelenggu penduduk Palestin terutama di Gaza, semenjak konflik Hamas-Israel tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.

10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan
10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan kanser terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel.

Keberkesanan, rawatan pesakit kanser di IKN lebih baik berbanding 10 tahun lepas
Pengesanan awal kanser paru-paru adalah projek kerjasama antara IKN dan Astra Zeneca menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Graduan hidap kanser tahap 4 terharu Naib Canselor sampaikan skrol di rumah
Mohamad Imhar SN Ibrahim, 39 terpaksa melupakan hasrat untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-18 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra, pada Rabu.

Bilangan pesakit kanser di Terengganu meningkat
Peratusan tertinggi melibatkan pesakit kanser payudara iaitu 23.89 peratus, diikuti kanser kolon (11.8 peratus) dan kanser paru-paru (11.8 peratus).

'Cekal lawan kanser selagi nyawa dikandung badan'
Ibu empat anak, Noor Azizah Maznan, 46, berharap suaminya, Norizam Rusni, 48, akan terus cekal melawan penyakit kanser hidung untuk kembali sihat selagi nyawa dikandung badan.

Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.

IKN lancar Galeri Inspirasi Seni, beri semangat kepada pesakit kanser
Institut Kanser Negara (IKN) melancarkan Galeri Inspirasi Seni IKN bagi meraikan kekuatan dan kemandirian pesakit kanser dalam mengharungi penyakit berkenaan.

Pesakit kanser di Selangor boleh mohon pembiayaan sehingga RM5,000
Pesakit kanser di Selangor boleh mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan sehingga RM5,000 menerusi program Bantuan Sihat Selangor (BSS).