PUTRAJAYA: Dapatan awal kajian ke atas keberkesanan pengurusan dan rawatan pesakit kanser di Institut Kanser Negara (IKN) mendapati 93 hingga 95 peratus pesakit kanser payudara yang dirawat di institusi itu mempunyai peluang hidup melangkau tiga tahun berbanding 86 hingga 91 peratus 10 tahun lepas.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, kajian berkenaan, yang dilakukan baru-baru ini turut menunjukkan bahawa 56 peratus pesakit kanser paru-paru pula mempunyai peluang hidup melangkaui tiga tahun berbanding hanya 23 peratus pada 10 tahun lepas.
Beliau berkata, pengesanan awal kanser paru-paru adalah projek kerjasama antara IKN dan Astra Zeneca menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang berpotensi membolehkan rawatan diberikan pada tahap lebih awal demi peluang kesembuhan dan kelangsungan hidup yang lebih baik.
Berucap pada Majlis Makan Malam Amal IKN, di sini, semalam, katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) optimis untuk melihat IKN mempelopori perkembangan kesihatan sejagat setanding dengan negara maju untuk membangunkan teknologi seperti 'Genomic Medicine' dan 'Precision Medicine' dalam rawatan kanser di Malaysia pada masa hadapan.
"Untuk tujuan ini, kerjasama dengan badan-badan yang mempunyai keupayaan dan kepakaran di dalam mewujudkan 'biobank' adalah penting bagi membolehkan pesakit mendapat manfaat daripada pengaplikasian kajian molekular dan genetik," katanya.
Majlis makan malam amal yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-10 IKN dengan tujuan mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser itu turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah dalam ucapannya berkata, umum mengetahui kos rawatan dan penjagaan pesakit kanser amat tinggi, di samping mengambil jangka masa yang panjang, dan kesan penyakit kanser sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan isi rumah.
Beliau berkata, penganjuran majlis makan malam itu bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun IKN, malah sebagai medium untuk menjana dana bagi membantu pesakit di IKN.
"Saya difahamkan bahawa anggaran RM1 juta diperlukan bagi membantu pesakit kanser yang kurang berkemampuan bagi 2024 dan semua kutipan ini akan dimasukkan ke Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)," katanya.
IKN semalam turut menerima sumbangan dana bernilai RM120,000 daripada tiga entiti iaitu daripada TKPM, Persatuan Pendidikan Perubatan IKN dan Ambang Wira Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Dr Zaliha menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Amal Institut Kanser Negara, Putrajaya, malam tadi. -- fotoBERNAMA
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan
Para pegawai MyCEB agih hamper snek sihat kepada 100 pesakit dan 30 pengamal perubatan di Institut Kanser Negara.
Tiada akses rawatan, pesakit kanser di Gaza rayu bantuan segera
Masalah mendapatkan rawatan dan kekurangan ubat-ubatan terus membelenggu penduduk Palestin terutama di Gaza, semenjak konflik Hamas-Israel tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan
10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan kanser terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel.
Keberkesanan, rawatan pesakit kanser di IKN lebih baik berbanding 10 tahun lepas
Pengesanan awal kanser paru-paru adalah projek kerjasama antara IKN dan Astra Zeneca menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Graduan hidap kanser tahap 4 terharu Naib Canselor sampaikan skrol di rumah
Mohamad Imhar SN Ibrahim, 39 terpaksa melupakan hasrat untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-18 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra, pada Rabu.
Bilangan pesakit kanser di Terengganu meningkat
Peratusan tertinggi melibatkan pesakit kanser payudara iaitu 23.89 peratus, diikuti kanser kolon (11.8 peratus) dan kanser paru-paru (11.8 peratus).
'Cekal lawan kanser selagi nyawa dikandung badan'
Ibu empat anak, Noor Azizah Maznan, 46, berharap suaminya, Norizam Rusni, 48, akan terus cekal melawan penyakit kanser hidung untuk kembali sihat selagi nyawa dikandung badan.
Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.
IKN lancar Galeri Inspirasi Seni, beri semangat kepada pesakit kanser
Institut Kanser Negara (IKN) melancarkan Galeri Inspirasi Seni IKN bagi meraikan kekuatan dan kemandirian pesakit kanser dalam mengharungi penyakit berkenaan.
Pesakit kanser di Selangor boleh mohon pembiayaan sehingga RM5,000
Pesakit kanser di Selangor boleh mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan sehingga RM5,000 menerusi program Bantuan Sihat Selangor (BSS).