KUALA NERUS: Setiap peruntukan atau sumbangan yang diumumkan kerajaan di peringkat negeri, tidak sama sekali bertujuan untuk 'beli undi' atau rasuah, sebaliknya ia demi kebaikan rakyat, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Beliau berkata sebarang peruntukan atau sumbangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat berdasarkan kepada batasan kewangan dan bajet yang telah diluluskan kerajaan.
"Mengumumkan peruntukan ke tempat yang perdana menteri pergi, kepada negeri-negeri baik di negeri pembangkang atau negeri di bawah pimpinan kerajaan Persekutuan... kalau ia projek untuk tingkatkan taraf hidup rakyat, tingkatkan pembangunan negeri, dan memenuhi keperluan rakyat, apakah itu rasuah?
"Rasuah ni bila anda beri sesuatu dan harapkan pulangan semula dalam bentuk undi. Orang nak pergi mengundi, anda bagi duit untuk undi parti berkenaan, itu baru namanya rasuah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Ikon MADANI peringkat negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, hari ini.
Mohammad Agus berkata di Kelantan misalnya, perdana menteri baru-baru ini mengumumkan pelbagai inisiatif untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat di negeri itu terutamanya berkait isu tebatan banjir dan bekalan air bersih yang sudah lama berlarutan.
"Kami di J-KOM akan giatkan lagi aktiviti dan bergerak ke hadapan dan saya sendiri akan keluar memberi penerangan tentang dasar kerajaan dan apa itu Malaysia MADANI," katanya.
Terdahulu, beberapa pengumuman peruntukan projek dan sumbangan yang dibuat Anwar terutamanya sewaktu siri jelajah Rumah Terbuka MADANI mengundang kritikan beberapa pihak di media sosial yang melihat tindakan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai tersasar daripada prinsipnya sebelum menjawat jawatan tertinggi kepimpinan negara itu.
Jelajah Ikon MADANI yang merupakan anjuran bersama antara J-KOM dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) berperanan menjelaskan serta mempertahankan dasar kerajaan, selain menghubungkan kerajaan dengan mahasiswa dan rakyat.
UMT merupakan universiti awam ketiga dikunjungi Jelajah Ikon MADANI selepas Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau, Negeri Sembilan dan Universiti Malaysia Kelantan.
Siri jelajah itu selepas ini dijadualkan akan menuju ke Universiti Utara Malaysia di Kedah, disusuli UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang sebelum berakhir di UiTM Shah Alam, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023

Mohammad Agus berkata sebarang peruntukan atau sumbangan yang diumumkan oleh Anwar dibuat berdasarkan kepada batasan kewangan dan bajet yang telah diluluskan kerajaan. - Gambar FB Mohammad Agus

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.

Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov
Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat bersetuju untuk mengadakan majlis Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani pada 22 hingga 24 November depan.
![[KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan [KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710478635_PenjawatAwam.jpg)
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan
Kejayaan perlaksanaan belanjawan ini terletak pada keupayaan dan kesiapsiagaan penjawat awam yang bertanggungjawab melaksanakannya tahun depan.

Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.

Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 6 petang pada 16 September ini.

Hari Kebangsaan 2024: PM harap semangat jiwa merdeka, perpaduan kekal berpanjangan
Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat yang ditonjol oleh rakyat itu mampu memacu usaha mengangkat darjat dan martabat negara ke tahap lebih hebat.

Mah Sing pecah tanah projek Residensi Suria Madani, lancar M Aspira
Bermatlamat menawarkan perumahan mampu milik, persekitaran harmoni yang menjelmakan konsep keterangkuman, kemakmuran dan perpaduan.

KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam
SSPA menyuntik semangat warga kementerian untuk terus berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyantuni rakyat.

Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar
Kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan diumumkan secara kaedah kasar terlebih dahulu dalam masa terdekat.

PENA lancar projek penerbitan buku sastera, sasar 100 judul tahun ini
PENA membuka peluang kepada penulis tempatan untuk menerbitkan karya sastera melalui projek Penerbitan Buku PENA-MALAYSIA MADANI.