Penyedia penyelesaian dron dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI) tempatan, Aerodyne Group menegaskan bahawa tidak ada satu sen pun wang rakyat telah digunakan atau akan dibelanjakan pada masa hadapan untuk pembangunan mobiliti udara urban (UAM).
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne, Kamarul A Muhamed, berkata perbincangan awal yangmelibatkan pihaknya dan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada awal tahun ini menegaskan inisiatif itu adalah semata-mata untuk menyumbang dalam pembentukan masa hadapan negara.
"Saya tidak jangka ia akan jadi sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook awal pagi tadi.
Beliau turut menegaskan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah memanggil mana-mana wakil Aerodyne untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penyaluran dana berjumlah RM20 juta untuk pelaksanaan pembangunan mobiliti udara.
Bagaimanapun, katanya, syarikat itu menerima RM20 juta daripada Malaysian VentureTech namun pelaburan tersebut adalah adalah 100 peratus bagi pembangunan perniagaan dron.
Katanya, pembangunan UAM juga ditangguhkan sejak Ogos 2019 untuk memberi fokus dan tumpuan penuh kepada teras perniagaan Aerodyne di peringkat global.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Nov 29 2019

Kamarul A Muhamed menegaskan bahawa tidak ada satu sen pun wang rakyat digunakan atau akan dibelanjakan pada masa hadapan untuk pembangunan mobiliti udara urban (UAM). - Foto Aerodyne

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Merdeka Award Talk Series cabar diri, pupuk pemikiran ke arah pertumbuhan demi kecemerlangan
Merdeka Award merupakan platform untuk menggalakkan kepimpinan pemikiran dan inovasi, memupuk budaya kecemerlangan, dan menggalakkan pandangan dunia.

Aerodyne dan AWS umum kerjasama untuk platform DRONOS
Pembekal penyelesaian dron nombor satu dunia, Aerodyne memilih penyelesaian daripada Amazon Web Services Inc (AWS), untuk operasi perisian sebagai platform (SaaS) bagi aplikasi DRONOS miliknya.

Aset lokasi strategik perkukuh pelaburan
Cyberview membentuk Cyberjaya dengan menawarkan ekosistem teknologi holistik mencakupi aktiviti komersial dan digital.

MIGHT labur RM20 juta kepada Aerodyne bukan untuk projek 'kereta terbang'
Tegas Mohd Yusoff, pelaburan VentureTech ke dalam Aerodyne dibuat berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Peruntukan RM20 juta 'kereta terbang': Sila audit ... - Aerodyne
Aerodyne Group menegaskan bahawa tidak ada satu sen pun wang rakyat digunakan atau akan dibelanjakan pada masa hadapan untuk pembangunan mobiliti udara urban (UAM).