KUALA LUMPUR: Pertumbuhan industri media digital di negara ini akan mendorong kepada peningkatan pelaburan dalam infrastruktur teknologi dan komunikasi, di dalam dan luar negara, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
"Populariti perkhidmatan penstriman digital semakin meningkat. Kedua-dua platform tempatan dan antarabangsa mempunyai kedudukan yang ketara dalam pasaran Malaysia.
"Perkhidmatan ini menyumbang kepada transformasi digital industri media dan hiburan dengan menawarkan kandungan atas permintaan kepada pengguna," katanya pada majlis pelancaran OK Vision, perkhidmatan televisyen berasaskan pelanggan, di sini, pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif MNC Group, Hary Tanoesoedibjo dan Tan Sri Vincent Tan, pemegang saham utama dalam U-Telemedia Sdn Bhd, syarikat induk Ansat Broadcast.
Platform media digital yang popular termasuklah perkhidmatan penstriman, laman web berita, platform media sosial dan penyedia kandungan dalam talian yang lain.
OK Vision, usaha sama antara Ansat Broadcast Sdn Bhd dan konglomerat Indonesia MNC Group, secara bersama menawarkan perkhidmatan pengedaran kandungan televisyen untuk pelanggan di Malaysia.
Fahmi berkata, platform media digital adalah penting kepada ekonomi Malaysia, menyumbang kepada penjanaan hasil, pekerjaan, inovasi dan daya saing global.
"Berdasarkan ekosistem digital yang terus berkembang, impak ekonomi media digital dijangka meningkat, seterusnya membentuk kedudukan Malaysia dalam ekonomi digital global," katanya.
Beliau berkata, usaha sama itu menjadi bukti kepada kekuatan kerjasama merentas sempadan, menggalakkan pertukaran kepakaran dan kreativiti.
"Kementerian menghargai Ansat dan MNC Group atas visi dan dedikasi mereka dalam menghasilkan platform ini, menyumbang kepada pertumbuhan industri media Malaysia.
"Kementerian Komunikasi gembira menyaksikan kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat, mencerminkan komitmen untuk memajukan landskap media digital di Malaysia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
![Pertumbuhan media digital di Malaysia galak pelaburan tempatan dan antarabangsa - Fahmi Pertumbuhan media digital di Malaysia galak pelaburan tempatan dan antarabangsa - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702893386_TBfahmifadziljp.jpg)
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran OK Vision di Kuala Lumpur, pada Isnin. - Foto BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pertumbuhan media digital di Malaysia galak pelaburan tempatan dan antarabangsa - Fahmi Pertumbuhan media digital di Malaysia galak pelaburan tempatan dan antarabangsa - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702893386_TBfahmifadziljp.jpg)
Pertumbuhan media digital di Malaysia galak pelaburan tempatan dan antarabangsa - Fahmi
Pertumbuhan industri media digital di negara ini akan mendorong kepada peningkatan pelaburan dalam infrastruktur teknologi dan komunikasi, di dalam dan luar negara.