Pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri tiada kena mengena dengan Polis Diraja Malaysia, sebaliknya ia merupakan urusan pentadbiran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada arahan dan pekeliling dalam Perintah Am yang ditentukan JPA dan ditandatangani semua pegawai kerajaan yang menerima pelantikan sebagai aku janji.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum berlepas pulang ke ibu negara selepas menamatkan lawatan kerja dua hari ke Sarawak.
Media sebelum ini melaporkan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ditukarkan serta-merta ke Jabatan Perdana Menteri dan mereka diarah melaporkan diri Isnin ini.
Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid berkata beliau memilih Sarawak negeri pertama untuk dilawati selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lepas, sesuai dengan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu negeri Sarawak.
Langkah itu, katanya, khususnya dalam menterjemahkan semua komitmen perdana menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang komited untuk memberi bantuan kepada negeri Sarawak biarpun projek yang diluluskan tiada dalam struktur induk dasar untuk negeri ini.
"Namun di atas keprihatinan kerajaan persekutuan untuk melihat infrastuktur dan elemen pembangunan dalam semua aspek diterjemahkan pelaksanaannya, saya bersama perdana menteri komited untuk melaksanakannya sebagaimana yang diminta ketua menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem)," kata Ahmad Zahid.
Kata Timbalan Perdana Menteri, beliau akan memperbanyakkan lawatan ke Sarawak, khasnya di kawasan sasaran yang dikenal pasti, bagi menentukan pelaksanaan projek yang telah dijanjikan itu.
Sementara itu, Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Sarawak, khususnya Barisan Nasional Sarawak, yang berjaya mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi dalam rayuan berkenaan persempadanan semula kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak di Mahkamah Rayuan semalam.
"Ini menunjukkan keikhlasan menambah bilangan kerusi DUN bukan sahaja mengikuti lunas perundangan yang ada, malah oleh kerana Sarawak negeri terbesar di Malaysia, maka adalah munasabah untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya ini bagi menambah jumlah kerusi sedia ada," katanya.
Mengenai tarikh pilihan raya negeri, Ahmad Zahid berkata ia adalah hak mutlak kerajaan negeri untuk menentukan tarikhnya setelah mengadakan rundingan dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau berkata kerajaan pusat dan BN pusat bersedia dalam apa juga keadaan bagi membantu BN Sarawak dan kerajaan negeri, bukan sahaja meraih sokongan di kawasan yang telah dimenangi pada pilihan raya lepas tetapi turut memenangi kerusi baharu.
"Saya yakin dengan kerjasama erat dan semua program yang disusun, kerusi baharu akan dapat dimenangi oleh BN, malah kerusi tambahan yang selama ini kecundang akan ditebus semula," katanya.
Mengenai kunjungan hormat beliau kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Ahmad Zahid berkata beliau berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri atas nasihat dan pandangan beliau dalam pelbagai aspek.
"Tun lebih berpengalaman dalam menganalisis semua situasi dan saya berharap hubungan peribadi saya dengan beliau akan memperkukuhkan tautan, talian hubungan rasmi antara Kuala Lumpur dan Kuching atau kerajaan pusat dan negeri," katanya.
Bernama
Sat Aug 08 2015

AHMAD ZAHID: Setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada arahan dan pekeliling dalam Perintah Am yang ditentukan JPA.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

SPRM ulangi jaminan siasatan kes SRC dan dana RM2.6 bilion dikendalikan secara bebas dan profesional
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengulangi jaminan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dikendalikan secara bebas, telus dan profesional.

Pemindahan dua pegawai kanan SPRM ke JPM dibatalkan
Perintah pemindahan dua pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) minggu lepas telah dibatalkan, menurut satu sumber kepada Astro AWANI.

'Tukar dua pegawai SPRM tindakan terdesak'
Akhbar itu juga menganggap serang hendap bertalu-talu terhadap SPRM telah memberikan isyarat wujudnya "tangan ghaib" ke atas badan itu.

Jangan ganggu siasatan SPRM - Akhbar Satar
Presiden Transparency International Malaysia menggesa semua pihak tidak mempolitikkan serta mengganggu-gugat siasatan SPRM mengenai dana derma RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri.

PPPR desak dua pegawai SPRM ditukar kembali ke tugas asal
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah menuntut agar dua pegawai SPRM yang ditukarkan tugas ke JPM, dikembalikan semula dengan serta-merta.

Pertukaran dua pegawai SPRM ke JPM tiada kaitan dengan PDRM - Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada arahan dan pekeliling dalam Perintah Am yang ditentukan JPA.

Pengarah Operasi Khas SPRM dipindahkan ke JPM
Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan ke JPM berkuatkuasa hari ini.

Kebocoran dokumen siasatan SRC Intl tidak babitkan SPRM - Bahri
Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin menegaskan kebocoran dokumen siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd tidak melibatkan pihaknya.

SPRM sahkan tahan CEO anak syarikat Felda
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuat tangkapan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat Felda pada 1 Mac lepas.