PETALING JAYA: Kementerian Perpaduan akan mempertimbangkan untuk mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan bagi memasukkan dapatan terbaharu sejarah Lembah Bujang (Kedah Tua) ke dalam silibus subjek sejarah.
Menteri berkenaan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pertimbangan itu dibuat selepas mengambil kira dapatan kajian berdasarkan catatan Yi-Jing yang menggambarkan lokasi itu sebagai pusat perdagangan maju selain kehidupan masyarakat ketika itu yang unik dan kaya dengan kebudayaan.
"Mungkin (kita buat pertimbangan )..kita akan lihat penemuan baharu itu..kita perlukan naratif baharu (dalam silibus subjek sejarah) mengikut dapatan yang terkini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa: Sejarah Kedah Tua berdasarkan Catatan Yi-Jing, di sini, pada Khamis.
Persidangan anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Arkib Negara Malaysia (ANM) bersempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China dan susulan lawatan kerja Aaron ke China pada September tahun lalu itu dihadiri kira-kira 500 penyelidik ahli akademik dan sejarawan dari dalam dan luar negara.
Menurut Aaron Ago, Tanah Melayu melalui Kedah Tua telah pun mempunyai hubungan sosiopolitik sekian lama dengan Kerajaan China dan hubungan tidak rasmi itu berlanjutan hingga zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka namun terputus akibat Perang Dingin dan dasar penjajahan Barat yang menentang ,fahaman komunis.
"Sejak terjalinnya hubungan diplomatik ini (pada 1974), Malaysia dan Republik Rakyat China telah meneroka pelbagai bidang kerjasama termasuklah perdagangan, pelancongan, kebudayaan, pendidikan, kesihatan, dan sains dan teknologi," katanya.
Mengulas mengenai Galeri 2 Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah akan dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, beliau berkata muzium itu merupakan satu-satunya di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke-3 hingga 12 masihi.
"Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China, India dan Arab," katanya.
Peserta persidangan itu dijadual dibawa melawat tapak Arkeologi Sungai Batu dan Muzium Arkeologi Lembah Bujuang di Kedah pada Sabtu ini (13 Julai). - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Menurut Aaron Ago, Tanah Melayu melalui Kedah Tua telah pun mempunyai hubungan sosiopolitik sekian lama dengan Kerajaan China dan hubungan tidak rasmi itu berlanjutan hingga zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. - Gambar fail/Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pertimbang masukkan dapatan terkini sejarah Lembah Bujang dalam silibus subjek sejarah
Kementerian Pendidikan akan dicadang bagi memasukkan dapatan terbaharu sejarah Lembah Bujang (Kedah Tua) ke dalam silibus subjek sejarah.

Lembah Bujang perlu diangkat Tapak Warisan Dunia UNESCO - Rais Yatim
Satu jawatankuasa khas akan adakan rundingan bersama Pesuruhjaya Warisan dan Kebudayaan, kerajaan negeri sebelum kertas kerja dibentang ke Kabinet.

Bergelutnya antara warisan dan kemajuan modenisme
DailySeni melihat isu kemajuan modenisme yang menjadi penggugat kepada bangunan-bangunan warisan di kotaraya.

Candi yang dimusnahkan boleh dibina semula - Mukhriz
Candi 11 di Sungai Batu dalam Lembah Bujang, Merbok yang dimusnahkan adalah struktur batu yang dibina semula pada 1974 di atas tapak asal.

Badan Warisan: Tapak Lembah Bujang perlu perlindungan segera
Pihak berkuasa digesa untuk mengambil tindakan segera untuk melindungi runtuhan kuil purba di Lembah Bujang dan mengambil tindakan punitif untuk mengelakkannya daripada terus dimusnahkan.

Mukhriz arah projek perumahan di tapak arkeologi Lembah Bujang dihentikan
Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengarahkan satu siasatan terperinci dibuat bagi mengenal pasti sejauh mana kerosakan yang didakwa telah dilakukan.