Candi 11 di Sungai Batu dalam Lembah Bujang, Merbok yang dimusnahkan adalah struktur batu yang dibina semula pada 1974 di atas tapak asal candi yang dibina antara kurun ke-8 hingga 11 Masehi.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri kesal dengan pemusnahan itu kerana ia dianggap tapak warisan negara yang patut dipelihara.
"Tapak-tapak candi di Lembah Bujang adalah tapak warisan yang tidak digunakan sebagai tempat penyembahan sejak berkurun-kurun lamanya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa bagi mengulas protes banyak pihak terhadap pemusnahan candi 11 oleh sebuah syarikat pemaju.
Dalam kenyataannya Mukhriz memperjelaskan syarikat terbabit adalah pemilik tanah berkenaan dan mendapat kelulusan memajukannya pada 1993 tetapi pembersihan hanya dilaksana pada Ogos tahun ini apabila ia memusnahkan candi tersebut.
Katanya kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengarahkan syarikat berkenaan menghentikan segera pembersihan di tapak candi 11.
"Candi yang sama boleh dibina semula atas tapak asal dengan persetujuan syarikat atau di tapak lain yang berhampiran dengan tapak ekskavasi Universiti Sains Malaysia (USM) di Sungai Batu. Pelan candi 11 akan dirujuk bagi memastikan reka bentuk dan bahan digunakan sama seperti di tapak asal.
"Kerajaan menitikberatkan usaha memelihara semua jenis warisan turun-temurun di negeri ini. Bagi memastikan tapak-tapak warisan di lebih 100 lokasi di Lembah Bujang tidak musnah dimamah zaman akibat pembangunan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersetuju menimbang permohonan kerajaan negeri agar tapak-tapak warisan yang dikenal pasti mempunyai nilai warisan diwartakan," kata Mukhriz.
Beliau berkata kerja-kerja ekskavasi yang dilaksanakan oleh pakar-pakar arkeologi USM akan diteruskan sehingga kawasan Lembah Bujang boleh dibangunkan sebagai tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa.
Kajian arkeologi di kawasan Sungai Batu mendedahkan tapak tersebut digunakan sejak kurun ke-5 Masehi hingga kurun 17 Masehi. Tamadun Sungai Batu juga adalah yang tertua berasaskan industri peleburan besi.
Bernama
Tue Dec 03 2013
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Kontroversi Candi 11: Masih tiada pembangunan pada tapak asal sehingga hari ini - Penduduk
Tiada sebarang pembangunan dilakukan di kawasan itu namun ianya dikelilingi kawasan pembinaan taman perumahan baharu selain terdapat beberapa longgokan kayu di kawasan terbabit.
Masyarakat Merbok anggap Candi sebagai tinggalan sejarah lampau
Candi nombor 11 yang ditemui baru-baru ini di Sungai Batu, Merbok, tiada kaitan dengan mana-mana pihak, malah ianya hanyalah tinggalan sejarah lampau.
Mukhriz: Candi Lembah Bujang yang diroboh bukan seperti Borobudur dan Angkor Wat
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata candi Lembah Bujang yang dirobohkan sebenarnya hanya tapak tinggalan sejarah itu.