Pihak berkuasa digesa untuk mengambil tindakan segera untuk melindungi runtuhan kuil purba di Lembah Bujang dan mengambil tindakan punitif untuk mengelakkannya daripada terus dimusnahkan.
"Melainkan terdapat pengurusan dan rejim perlindungan yang ketat ditambah pula dengan tindakan pantas dan punitif yang dilaksanakan oleh penjaga rasmi warisan negara kita, pemusnahan warisan negara kita akan diteruskan dan kita hanya akan dapat melihat sahaja tanpa membuat apa-apa," kata Badan Warisan Malaysia hari ini.
Bercakap kepada Astro AWANI, Pengarah Eksekutif Badan Warisan Malaysia Elizabeth Cardosa menyatakan kebimbangan mengenai 'perobohan sengaja' terhadap sisa-sisa kuil purba abad ke-8 itu.
"Badan Warisan menggesa Jabatan Warisan Negara dan kerajaan negeri Kedah untuk meletakkan segala langkah untuk menghentikan kemusnahan tapak arkeologi purba dan memberikan aset yang begitu bernilai dengan segala perlindungan yang diperlukan, " kata Cardosa.
Cardosa berkata NGO beliau percaya bahawa tapak arkeologi ini mempunyai potensi besar untuk disumbangkan kepada sejarah dan budaya dunia.
"Langkah-langkah perlu diambil dengan segera dan dimasukkan dalam Senarai Tentatif sebagai Tapak Warisan Dunia sebelum monumen lain dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab."
Cardosa berkata ia membimbangkan apabila hanya beberapa monumen sahaja di kawasan Sungai Batu di Lembah Bujang diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan pada tahun 2012.
Tapak lain tidak mempunyai sebarang perlindungan undang-undang.
Sementara itu, Angela Hijjas daripada Rimbun Dahan berkata arahan berhenti kerja perlu dikeluarkan serta merta dan kontraktor "harus dilarang daripada kawasan ini" dan "didakwa" selepas siasatan dilakukan.
"Ini adalah vandalisme tahap tertinggi. Malangnya kebanyakan orang ramai di Malaysia, dan juga dasar kebudayaan kerajaan, agak jahil tentang tapak ini dan kepentingannya. Ia diabaikan dan kini ia sedang dirosakkan, "katanya.
Teoh El Sen
Mon Dec 02 2013
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Badan Warisan: Tapak Lembah Bujang perlu perlindungan segera
Pihak berkuasa digesa untuk mengambil tindakan segera untuk melindungi runtuhan kuil purba di Lembah Bujang dan mengambil tindakan punitif untuk mengelakkannya daripada terus dimusnahkan.