KUALA LUMPUR: Pertambahan jawatan tetap pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin adalah langkah yang perlu diambil dalam memastikan nisbah doktor dan penduduk di negara ini seiring.
Demikian jelas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Jar Chai yang menyambut baik usaha itu dalam menambah baik sektor kesihatan awam di negara ini.
"Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyambut baik langkah diambil dalam menambah bilangan penjawatan di sektor kesihatan amnya. Pertambahan ini dan pertambahan jawatan tahun berikutnya memberi impak kepada penjagaan kesihatan lebih baik kepada rakyat.
"Bagi kakitangan terlibat, mereka diberi suntikan moral untuk bertugas lebih baik apabila berasakan kebajikan mereka terjaga," jelasnya ketika ditemubual Astro AWANI pada Ahad.
Tambah Dr Koh, meskipun hanya 4,186 penjawatan tetap diumumkan ketika ini, namun ujarnya, usaha itu perlu berterusan agar sektor kesihatan awam dapat dimantapkan.
"Walaupun 4,000 jawatan tetap ini adalah langkah yang baik, kekangan penjawatan dan sumber manusia masih lagi menjadi halangan utama dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Kita perlu menambah lagi bilangan staf, pegawai perubatan seiring dengan pertambahan penduduk dan fasiliti yang ada.
"Kita masih belum mencapai nisbah doktor dan penduduk seperti dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," jelasnya.
Ujarnya, dengan persediaan awal, sektor kesihatan awam dapat menampung sebarang kejadian luar jangka sepertimana negara berdepan pandemik COVID-19 pada awal tahun 2020.
Justeru, MMA jelasnya berharap perancangan lebih khusus dapat dijalankan oleh KKM dan kerajaan dalam mendepani cabaran masa hadapan.
"Apabila berlaku keadaan luar jangka, satu perancangan lebih khusus diperlukan.
"Walau bagaimanapun dengan pertambahan bilangan jawatan yang ada dan pertambahan yang akan berlaku setiap tahun.
"Kita lebih bersedia untuk menghadapi keadaan seperti pandemik COVID-19, pertambahan penjawatan ini perlu diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kita mencapai nisbah doktor kepada penduduk yang dikehendaki dalam penjagaan kesihatan sejagat," jelasnya lagi.
Sementara itu, bekas presiden MMA, Dr N G Baskaran pula berkata pengumuman kerajaan itu dijangka dapat menyelesaikan isu kekurangan pakar perubatan dalam negara.
Malah beliau menyifatkan tawaran lantikan itu sebagai penghormatan kepada doktor kontrak yang telah menjadi barisan hadapan sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
"Malaysia kurang pakar dalam pelbagai bidang. Bila doktor-doktor ini mendapat lantikan tetap, ia satu daripada cara menaikkan taraf bidang perubatan mereka menjadi pakar seterusnya boleh beri perkhidmatan terbaik kepada negara.
"Sebelum ini doktor kontrak memang boleh sambung belajar, tapi kena belajar sendiri, ambil peperiksaan di luar dan belanja sendiri. Sekarang bila dah jadi tetap, ada peluang untuk menjadi pakar dalam pelbagai bidang," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan bersetuju menambah 4,186 penjawatan tetap dalam kementerian itu.
Jelasnya, ia membabitkan seramai 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi.
Tambahnya, Jemaah Menteri turut bersetuju agar sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi diwujudkan dalam kementerian itu setiap tahun bermula tahun 2023 hingga 2024.
Jemaah Menteri jelasnya juga bersetuju 800 jawatan tetap Pakar Perubatan dan 70 Pakar Pergigian diwujudkan di KKM setiap tahun mulai tahun 2023.
Fareez Azman
Sun Feb 13 2022
![Pertambahan jawatan tetap di KKM perlu diteruskan hingga nisbah doktor dan penduduk dicapai - MMA Pertambahan jawatan tetap di KKM perlu diteruskan hingga nisbah doktor dan penduduk dicapai - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641423717_MMA.jpg)
Pertambahan ini dan pertambahan jawatan tahun berikutnya memberi impak kepada penjagaan kesihatan lebih baik kepada rakyat.
![MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720243130_ZahidHamidi.jpg)
MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid
KKDW akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian MARA Inc berjumlah RM286.30 juta seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.
[TERKINI] Kerajaan fokus pemulangan aset 1MDB
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Pola pengundian golongan muda dan warga emas seimbang
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun memberitahu hasil tinjauan SPR mendapati pola pengundian golongan muda dan warga emas dilihat adalah seimbang.
![YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720236691_tbYouTube.jpg)
YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog
Oleh itu ciri Erase Song diperkenalkan dengan bahagian yang mengandungi muzik yang melanggar hak cipta boleh dibisukan.
![Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720243231_tbMasoudPezeshkian.jpg)
Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran
Bekas Menteri Kesihatan Masoud Pezeshkian memenangi pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran.
![Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720242077_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh
Johan Jojo Ghazali berkata dia bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
![PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720239804_tbChowKonYeow.jpg)
PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berharap peratusan keluar mengundi bagi PRK Sungai Bakap hari ini melebihi 65 peratus.
![Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720195269_TBwatson.jpg)
Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara
Bersempena dengan ulang tahun ke-30, peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Watsons Malaysia, menjalin kerjasama baharu dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.
![Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719657438_MasoudPezeshkian.jpg)
Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran
Masoud Pezeshkian mendahului pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran selepas 70 peratus undi selesai dikira setakat ini.
[TERKINI] LKAN: UIAM nafi tidak mampu bayar hutang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan pihaknya berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang, seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang, di Dewan Rakyat Khamis lalu.
UIAM dalam kenyataan hari ini menegaskan, pengurusan universiti itu tidak pernah mengambil sebarang pinjaman berbentuk hutang sehingga hari ini.
UIAM dalam kenyataan hari ini menegaskan, pengurusan universiti itu tidak pernah mengambil sebarang pinjaman berbentuk hutang sehingga hari ini.
![MMA gesa pengawalseliaan TPA untuk bendung amalan tidak beretika MMA gesa pengawalseliaan TPA untuk bendung amalan tidak beretika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641423717_MMA.jpg)
MMA gesa pengawalseliaan TPA untuk bendung amalan tidak beretika
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa agar pengawalseliaan Pentadbir Pihak Ketiga (TPA) untuk membendung amalan tidak beretika.
![MMA terima 36 kes buli sejak 2017 MMA terima 36 kes buli sejak 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635062286_DrKohKarChaiPres.jpg)
MMA terima 36 kes buli sejak 2017
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menerima lebih 120 kes melalui talian aduannya HelpDoc dan daripada jumlah itu, 36 adalah kes buli.
![Pertambahan jawatan tetap di KKM perlu diteruskan hingga nisbah doktor dan penduduk dicapai - MMA Pertambahan jawatan tetap di KKM perlu diteruskan hingga nisbah doktor dan penduduk dicapai - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641423717_MMA.jpg)
Pertambahan jawatan tetap di KKM perlu diteruskan hingga nisbah doktor dan penduduk dicapai - MMA
Pertambahan ini dan pertambahan jawatan tahun berikutnya memberi impak kepada penjagaan kesihatan lebih baik kepada rakyat.
![Sijil vaksinasi palsu: MMA mahu hukuman paling berat terhadap mereka terlibat Sijil vaksinasi palsu: MMA mahu hukuman paling berat terhadap mereka terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642526099_Sijilsuntikanvaks.jpg)
Sijil vaksinasi palsu: MMA mahu hukuman paling berat terhadap mereka terlibat
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 palsu dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
![Dapatkan kit ujian kendiri COVID-19 yang diluluskan PBPP sahaja - MMA Dapatkan kit ujian kendiri COVID-19 yang diluluskan PBPP sahaja - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615628855_MSubramaniam.jpg)
Dapatkan kit ujian kendiri COVID-19 yang diluluskan PBPP sahaja - MMA
Presiden MMA Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata orang ramai perlu menyemak senarai kit ujian kendiri yang diluluskan melalui laman web PBPP sebelum membuat pembelian.
![MMA gesa kerajaan tangguh kelonggaran SOP MMA gesa kerajaan tangguh kelonggaran SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628514887_BentongSJR.jpg)
MMA gesa kerajaan tangguh kelonggaran SOP
Tegas MMA, sebarang keputusan untuk melonggarkan perintah kawalan perlu disokong bukti saintifik.
![Pakar perubatan bimbang demonstrasi burukkan situasi COVID-19 Pakar perubatan bimbang demonstrasi burukkan situasi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627729812_PROTEST.jpg)
Pakar perubatan bimbang demonstrasi burukkan situasi COVID-19
Pakar perubatan melahirkan kebimbangan tindakan sesetengah pihak menganjur demonstrasi ketika negara sedang bergelut dengan COVID-19 akan memburukkan lagi situasi.
![MMA minta kelonggaran penguatkuasaan di klinik swasta MMA minta kelonggaran penguatkuasaan di klinik swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612352381_MSubramaniam.jpg)
MMA minta kelonggaran penguatkuasaan di klinik swasta
MMA memohon kerajaan memberikan sedikit kelonggaran dari segi penguatkuasaan kepada klinik perubatan swasta yang semakin banyak menerima lambakan pesakit dari fasiliti kerajaan.
![Sistem perlu ditambah baik, beri peluang doktor kontrak maju dalam kerjaya - SCHOMOS Sistem perlu ditambah baik, beri peluang doktor kontrak maju dalam kerjaya - SCHOMOS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618977805_bantuan.jpg)
Sistem perlu ditambah baik, beri peluang doktor kontrak maju dalam kerjaya - SCHOMOS
Penting untuk memastikan doktor-doktor muda dalam negara boleh memajukan diri dalam laluan kerjaya masing-masing.
![Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin COVID-19 - MMA Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin COVID-19 - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623239561_Vaccine.jpg)
Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin COVID-19 - MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pihak berkuasa berkaitan termasuk Majlis Perubatan Malaysia menjalankan siasatan penuh dakwaan bahawa vaksin COVID-19 dijual oleh syarikat swasta.