KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan supaya menangguhkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi individu lengkap vaksinasi sehingga kadar jangkitan COVID-19 menurun secara ketara.
Menurut Presiden MMA Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy dalam satu kenyataan hari ini, sebarang keputusan untuk melonggarkan perintah kawalan perlu disokong bukti saintifik.
“Kalau keputusan ini benar-benar berdasarkan sains, mengapa perjalanan rentas sempadan dibenarkan untuk mereka yang ingin berjumpa pasangan atau anak-anak mereka?” soal Dr Subramaniam.
Jelasnya, jika situasi cukup selamat bagi individu lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan, maka setiap individu lengkap vaksinasi turut boleh dibenarkan kelonggaran tersebut.
Namun sebaliknya, jika situasi masih belum selamat sepenuhnya, maka tiada siapa yang patut dibenarkan kelonggaran berkenaan, menurut Dr Subramaniam.
BACA: Kelonggaran individu lengkap divaksin dibuat berhati-hati - Hishammuddin
BACA: Anda lengkap dua dos vaksin? Ini kelonggaran SOP yang perlu anda tahu
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan beberapa kelonggaran SOP bagi individu lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 termasuk kebenaran merentas daerah dan negeri untuk pasangan suami isteri jarak jauh serta ibu bapa untuk tujuan berjumpa anak-anak bawah umur 18 tahun.
Selain itu, kebenaran ‘dine-in’ di restoran dan aktiviti pelancongan turut dibenarkan di negeri-negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
BACA: Suami isteri lengkap vaksinasi dibenar rentas daerah, negeri jumpa pasangan - PM
BACA: Individu lengkap divaksin di negeri Fasa Dua dan seterusnya dibenar 'dine-in' - Muhyiddin
Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam sidang media hari ini, langkah untuk melonggarkan sekatan dibuat secara berhati-hati serta berdasarkan data-data penilaian risiko, antaranya termasuk data yang menunjukkan bahawa 96 peratus kes jangkitan harian berada dalam kategori satu dan dua.
Namun, peratusan tersebut hanya merangkumi kategori pesakit pada kali pertama menerima diagnosis, tanpa mengambil kira pesakit COVID-19 kategori satu yang boleh bertukar menjadi kategori empat atau lima selepas diagnosis pertama.
Dalam pada itu, tegas Dr Subramaniam, perhatian tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada kes harian keseluruhan.
“Kerajaan perlu henti menggembar-gemburkan jumlah kes keseluruhan. Perkara yang penting adalah penggunaan katil hospital dan situasi di ICU seluruh negara.
“Bergerak ke hadapan, kami berharap bahawa kerajaan akan menyediakan kemas kini kadar positif serta status penggunaan katil dan ICU di setiap negeri kerana itu merupakan indikator yang lebih bermakna selain angka kes harian,” ujar beliau.
MMA turut berharap bahawa kerajaan mengemas kini status vaksinasi individu berisiko tinggi bawah Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
“Sebarang kelonggaran sekatan perlu mengambil kira kumpulan-kumpulan berisiko tinggi seperti petugas rumah penjagaan, pekerja kilang dan tapak binaan, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, pelajar perubatan dan pekerja asing tanpa dokumen yang belum menerima vaksin,” kata Dr Subramaniam.
Nailah Huda
Mon Aug 09 2021

Menurut Presiden MMA Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy dalam satu kenyataan hari ini, sebarang keputusan untuk melonggarkan perintah kawalan perlu disokong bukti saintifik. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Integriti tunjang masa depan Sarawak - Timbalan Premier
Integriti bukan sahaja sebahagian daripada usaha nasional untuk membina negara bebas rasuah, tetapi ia adalah nilai yang sangat diutamakan Sarawak.

Bom kedua dijumpai di Kinarut berjaya dimusnahkan
Bom kedua yang ditemui di tapak pembinaan berhampiran Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan hari ini.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.